Archive for June, 2008

MARKETING OH MARKETING

Hari ni awal-awal lagi aku jemput mak kat kampung. Yelah dah janji dengan dia nak bawa pergi jumpa Dr Anjali. Mak aku sekarang ni, setiap bulan kena buat rawatan, ambik ubat. Bagi pastikan kesihatan dia ditahap yang baik. Yelah jadi tanggungjawab aku pulak nak jaga dia. Dulu dia jaga aku masa kecik, sekarang aku lak jaga dia. Sebab syurga di bawah kaki ibu. heheh

Ok sampai je kampung, aku dok kat meja rumah Along. Sambil tu tulis cheque nak transfer duit dari akuan Maybank ke RHB RM8800.00. Aku buat ni nak reduce interest OD aku je. Sambil tu aku pun SMS Mr Tan, suruh jualkan saham IOI dengan harga RM7.50. sebab aku beli dulu RM7.05 jee. Ada la sikit untung. Terperanjat aku, tak sampai 5 minit, saham tu dah terjual. Happy sangat. Dok tengah angan-angan nak jadi jutawan, hehhehe mak pun dah siap, aku pun gerak ke Kajang

Sampai klinik Dr Anjali, parking punyalah penuh, aku pun carik parking. Alhamdulillah jumpa, aku and mak pun terus gi daftar nama. Lama gak tunggu Dr Anjali sebab sekarang ni Dr Anjali nak transfer ke KPJ. Klinik ni akan ditutup. Dr Anjali sepenuh masa kat KPJ. Mesti lebat income dia nanti. Selesai rawatan aku ambik ubat dan buat bayaran RM270.00. Aku pun ambik ubat perut aku gak, kena RM30.00

Aku hantar mak lepak rumah aku. Tujuan aku biarlah dia main dengan Naufal and Aisy. Semua tu cucu dia. Nanti bila aku tua, aku pun suka main dengan cucu gak. Hehehe. Nanti petang Bang Ngah akan ambik dia, bawak balik kampong.

Tiba-tiba Zaki pun tipon, ajak jumpa kawan-kawan dia kat JKR untuk buat marketing. Aku pun shoot gi JKR HQ, kita janji pukul 12pm jumpa di sana. Sampai je, aku and Zaki pergi jumpa En Sabri. Borak-borak sambil tu bincang pasal new job. Lama gak kita orang borak. Lepas tu kita orang pergi lunch kat Dayabumi. Lepas lunch pergi semula kat JKR. Kali ni nak jumpa En Saipuddin and En Hasdi, tapi mereka pulak tak de. Aku and Zaki pun masing-masing balik

Aku terus ke office Arman. Hantar plan. Sampai je sana, aku sembahyang Zuhor dulu kat masjid. Lepas tu hantar plan. Arman and David tengok plan-plan tu. Mereka kata semua OK. Sementara tunggu payment keluar, aku pun borak-borak dengan Arman pasal new projek. Lepas dia bagi cheque je, aku terus balik Puchong.

Aku pergi rumah Limtat dulu, ambik barang Bang Ngah. Aku ajak Bang Ngah minum. Sebab lepas ni dia nak balik JB. Bila pulak aku nak turunkan ilmu kat dia. Heheheh. Aku borak-borak dan galakkan dia baca buku-buku bisnes. Tujuan aku, biar nanti keluarga kita orang boleh buat satu anjakan paradigma dalam bisnes.

Lepas tu aku gi sembahyang Magrib kat surau. Sambil tu aku renung masa depan dan sejarah yang dah berlalu. Aku kena berubah, aku kena lebih berjaya. Sebab persaingan sekarang semakin hari semakin hebat.

Jadi pengajaran yang boleh aku ambik adalah :

Segarkan diri dengan bermunajat, bermohon dengan Allah, agar Allah redha kita sebagai hambanya. Lakukan solat tahajud, solat taubat, solat hajat, solat witir, solat dhuha

  1. Berdoa agar Allah kenalkan kita dengan the right person, yang punyai idea yang bernas, yang boleh JV, yang boleh bawa kita ke mercu kejayaan
  2. Tunai janji, kota janji, bina keyakinan, bina kepercayaan, hormat client, bina link dan mesra
  3. Buat database SMS, kategorikan client kita dengan utama, kedua, ketiga, hantar SMS kata-kata hikmah. Untuk membina silaturahim
  4. Cipta buku idea, idea yang kita fikir ianya baik, catatkan dalam buku idea
  5. Aku wajib sentiasa solat berjemaah, ianya wajib dan sebab menerusi solat ini aku boleh berkenalan dengan orang lain. Boleh mengembangkan kenalan
  6. Di surau atau masjid, aku mesti rajin menyapa, borak dengan jemaah lain. Sambil tu bagi kad. Borak dengan rendah diri dan mesra, terangkan skop kerja kita
  7. Bersatu dengan rakan project manager lain, carik kerja dan buat marketing bersama. Hantar profile company kepada target client

JUMPA JAMAL HARTAWAN

Hari ni aku ada meeting kat PKKN Hospital Kusta dengan Pengarah Kusta dan Jabatan Penilaian Gombak. Aku sampai sana jam 10.00 pagi. Sampai je aku lepak kat canteen sambil baca NST. Biasalah sekarang ni surat kabar aku dah tukar, dari STAR ke NST. Sebab apa? Sebab dalam NST banyak rumah lelong. Heheh

Tengah baca NST, Miss Chin tipon, aku ajak lah dia minum sekali. Lepas minum kita orang pun buatlah site visit. Kami naik Pajero PKKN. Bersama kami masa site visit tu Mr Lim, Miss Chin, driver, aku and pembantu Miss Chin. Habis kami round Hospital Kusta. Yang best kat sini adalah banyak nursery. Macam-macam pokok bunga ada. Sapa nak beli rumput carper, bagus lah datang sini, murah-murah.

Lepas je habis site visit, aku pun gerak nak balik ofis. Tapi tiba-tiba Jamal tipon. Dia nak jumpa aku pasal nak bincang masalah tanah. Aku shoot gi Subang Airport. Kita orang jumpa kat mamak, kat round about airport. Lama gak borak ngan Jamal ni. Kita bincang pasal info tanah-tanah baru yang dia nak beli, pasal tukar syarat tanah, pasal auction property dan macam-macam lagi lah.

Si Zamri pulak hari ni asyik tipon aku je. Bagus-bagus dia dah start nak involve dalam property. Macam-macam dia tanya. Macam mana nak selesaikan kalau jiran sebelah dah encroach buat bangunan dalam tanah kita, aku pun terangkan satu-satu. Lepas tu tipon lagi, Tanya pasal tukar syarat tanah pulak. Hebat tu…. Banyak tanah nak beli Uncle Zamri.. heheh

Lepas jumpa Jamal, aku pun shoot gi Pejabat Tanah Hulu Langat. Hantar permohonan Cheok. Lepas tu aku pun tipon Hilmi and Pn Roziah. Sebab aku ingat nak jumpa mereka. Tapi mereka kata tak sempat. Tunda hari lain. Hilmi pulak akan email semua info kat aku. Senaang sikit kerja aku. Heheh Nasib baik la. Aku pun gerak balik ofis siapkan semua surat-surat

Walaupun hari ni jadual aku agak padat, tapi aku still pikir, macam mana nak selesaikan rumah Pelangi Damansara aku ni. Rumah ni aku baru je beli hari Sabtu lepas. Aku and Keown dah gi tengok rumah tu. Masa kami datang, ada orang kat rumah. Tapi tido lak. Aku ketuk pintu punya lah kuat, dia buat tak pot jee.. ni buat aku geram nii.. heheh

Tak pee, aku akan guna formula Pie2020 untuk selesaikan masalah ni. Aku kena pergi sekali lagi kat rumah ni. Lekatkan notis kat pintu rumah dia. Bagi tau yang kita dah beli rumah dia. Mintak kerjasama dari pihak dia suruh tipon kita. Sambil tu, jumpa MC tempat ni, dapatkan info berapa kena bayar maintenance fees yang tertunggak. Buat bayaran lah. Kita bagi peluang 1 minggu lagi, kalau dia tak layan jugak, tak tipon kita, jadi kena lah pecah pintu. Heheh ganas tu… apa pun nanti sebelum bertindak dapatkan nasihat dari Pie dulu.. hehehe

UKUR TANAH DI BERANANG

Hari ni aku awal-awal lagi dah SMS En Zamri. Nak confirm samada pagi ni jadi jumpa dia atau tak. Sebab dah janji sebelum ni, pukul 10 nak jumpa dia kat Kg Sesapan Batu Rembau. Sebab nak bincang pasal ukur tanah, tanah kat Beranang, tanah kat Putrajaya dan tanah yang dia baru nak beli kat (Kg Sesapan Batu Rembau)

Sampai-sampai je sana, mereka semua dah tunggu, ramai gak, aku dijemput makan nasi goreng dengan air tea, sodap gak, lepas tu borak-borak, aku terangkan lah macam mana nak buat pecah bahagian tanah, nak tukar syarat tanah, proses pindah milik dan lain-lain

Tengah borak-borak tu, Zaiton Sameon datang, aduh best nya. Syok gak kak Eton nyanyi. Sempat lah aku dengar 3 – 4 lagu kak Eton. Lepas tu kami gerak tengok site. Jalan kaki je, boleh la aku exercise sikit, aku ingat site tu rata je, tapi bukit punya lah tinggi. Nasib baik lah aku larat panjat bukit tu. Kalau tak malu lah surveyor tak larat panjat bukit. Heheh

Sampai site je kami jumpa dengan En Halim. Dia tengah tebas kebun dengan wife dia. Bersih nya kebun dia. Empress aku tengok. Sebab kebun aku tak terurus. Kami pun salam-salam. Bincang-bincang nak buat kerja ukur. Alhamdulilalh semua setuju, bila semua dah setuju, aku, En Zamri and bini En Zamri pun beransur balik. Dalam perjalanan tu, En Zamri bagi tau suruh aku carikan lawyer, juruukur, jurunilai and akitek. Untuk uruskan tanah dia tu. Terus aku teringat nama Nan, Shahrizal, Miss Lim. Aku janji nak hantar quotation hari Selasa. Kena siap kan Hafizal, jangan malas. hehehe

Lepas tu aku gerak gi balik kampung. Jumpa mak. Sampai je aku terus je tengok kebun yang along buat dengan Mur, Banyak jugak cili yang dah tanam. Ada 500 pokok lebih dah. Aku jugak bincang pasal pokok limau kasturi yang kena pindahkan, sebab pokok limau ni tak boleh tanam kat tempat naung. Pokok bantut. Sambil tu aku tengok sempadan tanah aku. Sebab Limtat dah tanam sempadan baru antara Along dengan tanah aku. Nanti mesti kena bayar kat LJT riban-riban tu

Dah selesai tu, aku and Hamzi gi tengok projek Abang Din dengan Abg Suhaimi, tengah buat kolam ikan. Aku pun round pusing rumah Ngadinam, rumah Haron pusing surau, pusing rumah Wak Mar, pusing rumah YB Rahmat, pusing balik rumah Haron. Nak balik je aku jumpa Pak cik Rauf, syukur sangat, sebab boleh bincang sekali antara Haron, Pakcik Rauf dengan aku sekali gus. Maklum lah nak terangkan pasal ukur dengan orang kampung ni kena baik-baik. Dah selesai aku gerak balik rumah mak. Lepas tu aku balik Kajang.

Sebelah petang, aku gi jogging dengan Naufal. Jogging ni bagus untuk kesihatan. Maklumlah aku ni jarang bersukan, jadi aktiviti berjalan dan jogging ni memang sesuai sangat dengan aku. Mengah-mengah aku tengok Naufal panjat bukit, kesian-kesian, hehehe

Jadi pengajaran sepanjang hari ni, aku dapat nilai diri aku sendiri, tak ada alasan untuk aku gagal dalam hidup. Ambik contoh macam Along, katakan waktu pagi dia pergi menorah, petang kutip buah limau kasturi dan cili api. Berapa income dia sehari, mau cecah RM300.00 sehari. Kenapa begitu tinggi? Sebab sepanjang hari dia terlibat dengan aktiviti yang boleh mendatangkan income. Aku macam mana? aku kena bincang dengan Along supaya tanah-tanah aku yang terbiar boleh aku usahakan, yang paling important ialah boleh datangkan pasif income kepada aku. Sebab aku perlukan RM4000.00 untuk capai impian aku, yang mana pasif income aku lebih tinggi dari perbelanjaan. Kena usaha kuat nii

KAJIAN : ROI ATAU RETURN ON INVESTMENT

Macam mana nak kira ROI ni? Ohh macam ni kesannya.. (sewa x 10 bulan / harga beli x 100.) Ayoo tak paham aku lah

Andaikan aku beli rumah dengan harga RM150,000, Bayaran pendahuluan ialah RM30,000 dan ansuran bulanan RM1000.00

Jadi 1000 x 10 / 150000 x 100 = 6.67% setahun … Baru aku paham tapi formula ni agak pening lalat sikit lah. Tak pe nanti aku dapatkan formula lebih mudah sikit macam mana nak kira ROI

Sebelum aku beli hartanah, aku perlu faham objektif sebenar yang ingin aku capai. Aku kena soal diri aku sendiri :

Mengapa aku mesti beli hartanah tu?
Adakah untuk kediaman aku?
Atau sebagai pelaburan aku?

Dah tentu untuk pelaburan, sebab aku dah pun beli rumah untuk kediaman kat Kajang. Rumah aku sekarang kat Jelok Ria ni dekat dengan semua keperluan aku. Dekat sekolah, kedai, masjid, TESCO, GIANT, POS, Maybank dan lain-lain. Walaupun agak jauh dengan opis aku, tapi tak jadi masalah besar untuk aku… hehehhe

Ok, kalau aku nak beli rumah untuk tujuan pelaburan Aku kena buat target lokasi sebaiknya 3 lokasi menarik dan target penyewa. Yang paling penting adalah tumpukan lokasi pada sasaran penyewa aku. Mungkin dekat dengan kolej atau universiti, dekat dengan kawasan kilang, atau hospital.

Pastikan rumah yang nak aku beli, aku boleh dapat aliran wang yang positif. Positif CASHFLOW sebab main properties ni adalah pelaburan jangka pertengahan atau panjang

TINDAKAN : ASB BUKU KEPADA SIJIL, MOHON OD RHB

Syukur sangat, hari ni aku dah pun mohon OD RHB. Senang je kesannya. Mula-mula aku bawak buku ASB pergi pejabat PNB yang berdekatan. Aku dok kajang, jadi samada kat Shah Alam atau kat Bangunan PNB Jalan Tun Razak. Aku gi PNB Tun Razak. Sampai je kat sana, aku bagi tau yang aku nak tukar simpanan ASB aku dari bentuk buku ke bentuk sijil. Nanti dia orang bagi borang. Isilah borang tu, senang je isi. Lepas tu ambik nombor giliran. Sampai giliran aku, aku pergi kat kaunter, orang kaunter tu mintak bayaran RM2.00 untuk 1 sijil. Tak sampai 2 minit sijil aku pun siap. Dalam sijil tu ada nama aku, alamat, no rujukan, jumlah duit. Nanti korang buat korang tau lahhh.. Senang jee

Lepas tu aku terus shoot gi RHB Kajang. Jumpa dengan Julia. Aku pun mintak lah penerangan pasal OD ni dari dia. Maklumlah aku budak baru belajar.. heheh. Lama gak dia terangkan kat aku. Lepas tu dia bagi borang untuk aku isi. Siap isi je dia suruh bayar RM50.00 bayaran pemprosesan dan bukak akaun semasa. Simple jee kesan nya. Jadi dia suruh aku tunggu dalam masa 2 minggu nanti, RHB akan call aku, aku kena datang semula untuk sign dokumen

Target aku, dalam tempoh menunggu ni, aku nak habis kan baca buku Permata Hartanah tulisan Renesial Leong dan Juara Lelongan Hartanah tulisan Azizi Ali. Sebab aku nak masuk auction, nak beli rumah lelong untuk investment.

Tapi kali ni, sambil aku baca, sambil tu aku buat nota. Lepas tu aku post kat blog ni. Senang sikit aku nak buat rujukan. Selain tu gak aku boleh syer apa yang aku baca dengan korang semua.