Archive for October, 2008

FAHAM KONSEP… MACAM MANA NAK KAYA?

Aku teringat lebih kurang 4 tahun lepas.. bila Hj Samuri tanya aku,

Hj Samuri : Zal, ko dah kaya dah??
Juruukur : Lom lagi Hj
Hj Samuri : Apa kaya bagi ko Zal?
Juruukur : Bila saya ada 500K.. saya kayalah..

Lepas tuu.. masa pun berlalu.. Aku selalu lah jumpa budak budak dia jee.. Uruskan hartanah Hj Samuri. Maklomlah orang kaya.. banyak tanah nak kena urus.. Sampai lah tahun lepas, masa tu kat Bangi Kopitiam..Hj Samuri tanya soalan yang sama..

Hj Samuri : Apa kaya bagi ko Zal?
Juruukur : Bila saya ada 1juta saya kaya lah.. Hj ” heheh..
Hj samuri : Nanti, bila ko ada 1 juta pun .. ko kata ko pun tak kaya..

Bila dengar Hj cakap macam tuu.. aku pun pening-pening kejap. Dalam maksud kata kata Hj nii.. Malam tuu.. aku masih lagi pikir.. sampai nak tido pun, aku masih lagi teringat ingat kata kata Hj. Lama gak aku carik jawapan.. Aku carik dalam internet, borak ngan kawan kawan.. Semua jawapan macam hampeh jee.. Macam apa yang fikir jee.. Sampai lah aku jumpa buku RICH DAD POOR DAD.. Masa tu aku beli kat MPH, bahasa Melayu lagi.. heheh.. Aku pun baca lah buku tuu..

Dengan tekun aku baca.. Apa yang cantiknya.. semua soalan Hj tadi, ada jawapan dalam buku nii..
Dalam buku nii lah juga baru aku dengar konsep pasif income.. habis jee baca buku nii.. aku pun tipon Hj

Juruukur : Hj, dulu Hj ada tanya sy, Zal, apa kaya bagi ko. Kaya tuu.. bila pasif income saya lebih banyak dari perbelanjaan.. saya kaya lah Hj..betul kee??
Hj samuri : Betul Zal.. tahniah Zal.. ko dah dapat jawapan dia..
Juruukur : Tima kasih Hj.. ingat kan saya

Lepas tuu.. aku pun carik lah info pasal pasif income.. kebetulan masa tuu ada kursus CASHFLOW 101 anjuran Pak Di. Sebab dalam buku RDPD tuu ada bagi tau.. kalu nak paham pasal pasif income kena main game CASHFLOW 101 nii.. Jadi aku pun datang lah.. Kursus tuu buat kat kedai CC Pie2020, kat bandar Baru Bangi..heheh.. masa tuu aku tak kenal Pie lagi.. dia tak glamour macam sekarang nii.. heheh

Masa main game nii..pada sesi pagi aku kalah.. sebab aku betul betul jadi diri aku. Tak pandai uruskan duit.. tak tau teknik dapatkan pasif income. Bila sesi petang lak.. aku masih kalah lagi.. geram betul lah dibuatnya.. hari tuu kebetulan PIPIT jadi fasilitator. Aku bincang ngan PIPIT, apa perlu aku buat untuk aku paham pasal pasif income nii.. konsep and teknik dia. PIPIT syorkan aku baca balik buku RDPD, pas tu paham kan.. pastu datang balik main kali ke dua. Aku ikut lah nasihat PIPIT tuu..

Alhamdulilah.. kali kedua aku main, aku berjaya keluar dari RAT RACE, baik sebelah pagi mau pun petang.. Best lah.. Sambil main tuu.. kita orang pun borakk.. borak.. salah seorang peserta tuu bagi tau.. kalau nak belajar pasal financial.. layari blog pie2020.com.. sebab mamat tu hebat dalam financial planning.. heheh

Aku pun apa lagi.. start lah carik info.. datang lah TT Pie kat RJ. Kenal kenal lah.. Dari situ lah baru aku belajar OD, Auction, Od Rumah, pasif income.. CPO, share. Kalu tak selama nii dunia aku ukur jee.. Ada cara mudah buat duit.. tapi aku tak nampak.. Sebab tuu.. aku panggil Pie tuu sifu..banyak financial vocab aku tau.. heheh

Renungan hari nii : Fikirkan.. Apa usaha yang aku boleh buat sekali, boleh dapat pasif income selamanya..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

NASIHAT RAKAN SEPERJUANGAN

Semalam, awal-awal pagi lagi aku gi jogging. Lama gak aku pusing-pusing. Ada 30 minit. Rasa dah lama sangat tak jogging. Takut nanti kalau tak ada excercise nii… mau kolestrol aku naik.. hehehhh

Lepas jogging, aku siap-siap gerak gi Majlis Perbandaran Kajang. Sebab aku nak hantar permohonan pengesahan pelan untuk 2 client aku nii.. saudara Ridwan dan Mr. Puan. Dia orang nii nak mohon tukar syarat tanah dan pecah sempadan dari pertanian kepada bangunan kediaman. Alaaa.. mohon untuk buat lot-lot bungalow tuu.. dari lot besar pecah pecah jadi lot kecik kecik.. supaya boleh dapat geran asing-asing.. dah dapat geran nanti boleh jual.. heheh.. kayo kayo

Siap jee urusan kat MPKj, aku gi pulak Pejabat Tanah Bangi.. Mohonkan geran En Hazir. Kes dia agak komplikated sikit.. dia beli tanah kat Beranang, luas tanah tuu 2 ekar. Beli cash lagi. Bila dah siap pindah milik geran atas nama dia. Dia mintak aku tukarkan syarat tanah tu, dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman. Pastu pindah milik pulak kepada nama anak-anak dia. Sekarang nii.. dalam proses mohon geran asing-asing, tujuannya supaya setiap anak dia boleh dapat geran masing-masing..

Pastu aku call Wak Sudir, nak jumpa dia.. nak bincang masalah tanah.. Turut hadir masa mesyuarat tuu En Rosli.. Borak punya borak… En Rosli suruh aku ukur tanah dia..heheh.. rezeki rezekiii.. heheh.. Aku cadang nak gi Shah Alam pas nii.. Tiba-tiba En Ridwan tipon aku.. ajak aku jumpa kat tanah dia. Kat Sepang.. Apa lagi.. bergegas aku kesana.. Dia mintak ukur kan tanah dia.. dapatkan info pasal tanah tuu, sebab tanah dia terlibat dengan pengambilan. Nanti bila urusan tanah dah selesai.. Dia cadang nak buat restoran..

Lama gak aku ngan dia, banyak nasihat aku dapat. Dia bagi tau kat aku.. bagus aku start invest sekarang, invest kat tanah.. sebab harga tanah tak ada limit.. tak ada syiling prize. Kalau rumah low kos harga max pun boleh gii 90K jee.. macam kes dia..20 tahun yang lepas.. dia beli tanah kat Sg Penchala 1 ekar.. harga masa tu 70K jee.. sekarang nii value tanah tuu dah 1.5M.. Dah jual pun.. memang best borak ngan otai otai nii.. Dia ada banyak properties, ada kat Perak, N9, tapi kebanyakkan nya kat Selangor lahhh..

Dia suka gak invest kat kedai.. misalnya dia beli kedai kat Bandar Baru Bangi. Masa tuu beli baru harga 350K jee, sekarang nii tingkat bawah sewa pd 7 Eleven RM5.5K, tingkat atas lak sewa ngan lawyer firm RM1.5. Boleh dapat pasif income 7K sebulan.. Kayoo kayoo.. Macam gaji profesor lah bang.. hehehhe..

Sebelah petang lak.. aku masuk KL, ada meeting ngan En Hanif.. apa lagi kalu tak pasal ukur mengukur.. Ngam ngam lepas meting.. abang Enal tipon.. nak jumpa aku… ajak jumpa kat Bangi Kopitiam.. Ayoo yoo jauhnya..

Best borak ngan abang Enal. Dulu sebelum aku start bisnes… dia banyak bg motivasi.. galakkan aku bisnes.. masa tuu aku bujang lagi.. Lepas 2 tahun operasi, masa tuu bisnes aku hampir nak jatuh.. hampir-hampir nak makan gaji balik.. Dia gak bagi sapport.. suruh aku bertahan.. Alhamdulilah.. sampai lah sekarang.. TQ bang Enal.. banyak bagi sappott..

Bila borak ngan bang Enal, kami banyak menyentuh pasal ketuhanan..Maha Pencipta. Macam mana nak hubungkaitkan agama dengan perniagaan.. aku cukup tersentuh bila abang Enal kata :

1. Zal, kalu ko nak lebih berjaya, bangun lah pukul 430 pagi, buat qimulail.. buat amalan sunat, solat tahajud, solat taubat, solat hajat, solat witir.. pastu ko rancang aktiviti ko.. catatkan dalam diary..
2. Jangan lupa solat dhuha.. solat dhuha nii pembuka pintu rezeki.. Zal..
3. Jaga mak ko kat kampung. Kalu ko mewah, pastikan mak ko lebih mewah dari ko.. Bahgiakan mak koo
4. Doa kan arwah bapak ko.. mintak ampun, mohon roh bapak ko ditempatkan bersama orang beriman

Dalam borak-borak ngan abang Enal tuu.. tiba-tiba En Nasir call.. nak jumpa aku.. pasal ada 4 site nak ukur katanya.. Aku ajak dia datang Bangi.. Tak sampai 15 minit.. dia sampai ngan abang YB Johan.. Aku pun start bg consult, abang Enal pun ada sekali.. heheh.. akhirnya.. closed deal.. alhamdulilah..dapat lagi jobbss

Tak semena mena Zul pulak tipon.. masa tuu dah pukul 1030 mlm dah… Nak jumpa aku pasal projek kat Pahang. Pastu nak bincang pasal tanah Sg Merab.. Dia tahu aku kat Bangi, cepat dia sampai. Zul nii orang kuat kerajaan Pahang.. heheh.. tahniah Zull.. dah jadi tokeh balak ko dah.. hehhe.. sampai lah pukul 1130.. kita orang pun balik..

Renungan hari nii : Biar miskin di dunia, jangan miskin kat akhirat..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

JOM.. MOHON TANAH KERAJAAN

Mohon tanah kerajaan nii.. tak lah susah sangat. Apa yang penting, korang mesti ada info. Info ni boleh dapat dari pejabat tanah, dari orang kampung, orang politik. Bila dah ada info, korang pergi pejabat tanah daerah tempat yang korang nak mohon tuu.. Bagi kes aku, aku biasa kat pejabat tanah Gombak, Hulu Langat, Sepang.

Sampai pejabat tanah, korang mohon borang Jadual 1 (borang mohon tanah kerajaan). Korang isilah borang tuu. Senang je isi. Lekat kan sekali dengan pelan tanah korang. Bagus pelan ni disediakan oleh pihak juruukur. Sebab juruukur paham pasal koordinat. Banyak kes, mohon tanah tempat lain, dapat tempat lain.. Punca nya, masalah koordinat

Bila dah hantar borang tuu, korang kejar pejabat tanah, 2 minggu sekali datang, tanya apa status permohonan kita. Nanti korang tau lah, seribu satu alasan pihak pejabat tanah. Tapi korang jangan jemu.. korang kejar jee..

Bagi kes aku, Pie and Keown. Kami mohon tanah kat Pahang. Setakad nii berjalan lancar. Aku harap sangat tanah ni boleh dapat dalam tempoh terdekat nii.. Nanti boleh buat ladang PMC beb.. Ni kira big projek nii.. Walaupun nilai tanah nii antara 7k hingga 10k seekar.. tapi kalau dah ratus ekar.. dah berapa… juta-juta gak.. heheh..

Itu jam, apa kelas nak beli low kos.. banyak sangat sekatan, baik kita tanam kelapa sawit, tanam getah, heheh.. lagi tinggi pasif income boleh dapat. Mana tau pulak area tu ada balak, lagi best. Boleh jadi tokeh balak kita orang … heheh (angan-angan)

Setakad ni,, sepanjang karier aku jadi juruukur nii.. alhamdulilah.. aku ada lah dapat 1 keping tanah.. Nilai tanah tuu sekarang ni RM250k, boleh lah untuk masa tua.. heheh..

Apa pun.. kalau korang ada info pasal tanah kosong.. Ni aku nak offer nii.. jom kita syer sama-sama.. Korang ada info, aku ada teknikal and pengalaman.. Kita JV.. Untung gila babas beb… heheh

Korang pernah dengar pasal tanah TOL?? Sok aku cerita.. macam mana lak nak mohon tanah TOL nii..

Sebagai renungan hari nii.. “Apa itu kaya? Kaya adalah bila pasif income kita lebih banyak dari perbelanjaan.. Maka kita sudah jadi orang kaya..”

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

KERAJAAN CEROBOH TANAH KITA

Semalam.. Ir Haslin pagi-pagi lagi dah call aku. Nak jumpa untuk bincang pasal tukar syarat tanah dia. Tanah tu kat Sungai Merab, Bangi. Bukan apa.. dia nak tanya progress.. setakad nii aku dah siapkan kerja sampai mana. Sebenarnya aku dah pun buat submission kat Pejabat Tanah Sepang. Dah siap semua dokumen.. Tinggal tunggu kelulusan jee.. Terkejut beruk Ir Haslin.. Aku kata, dalam 2 bulan lagi lulus lah permohonan tuu.. Aku nampak.. Dia happy sangat.. Terus dia tulis cek, dapat aku payment.. heheh.. Boleh aku bernafas sikit.. Terus dia kata “Bagus bagus aku suka melayu macam nii.. efisyen, laju, pantas,” kembang akuuuu.. kena puji

Lepas tu.. aku jumpa Saudara Fauzi, Saudara Adnan.. Schoollmate aku masa zaman muda-muda remaja dulu.. Aku nak market sikit pasal kawan aku nii.. Saudara Adnan.. Dia nii lawyer. Kalau korang tau pasal Wardina saman Maiden, pasal satu company saman Mawi, pasal satu pasangan saman Amy Search.. Dia lah lawyer yang bertanggungjawab. Glamour sahabat aku nii.. Selalu masuk TV. hehhehe.. Aku pulak jumpa dia, nak daptkan nasihat pasal law. hehehe..

Sambil tu kami pun bincang dengan Saudara Fauzi. Pasal masalah tanah dia, dia bagi tau, kerajaan dah buat jalan atas tanah dia. Pastu kalu hujan pulak, air dari jalan melimpah-melimpah masuk tanah dia. Habis lecak. Jadi dia nak saman kerajaan pasal masalah nii. Tugas aku cuba bagi sikit nasihat, dari segi teknikal ukur, macam mana nakk tunjukkan masalah ni pada pihak kerajaan. Aku cadangkan supaya Saudara Fauzi buat ukur butiran ke atas tanah tu. Ambik semua maklumat, jalan, longkang, rumah, tiang elektrik dan lain-lain. Supaya dari pelan yang aku hasilkan nanti.. Nampak lah mana bahagian yang kerajaan dah ceroboh.. Dari maklumat tu gak, boleh kira luas tanah yang rosak, dan cadangan pembangunan masa depan. Bukan senang nak saman kerajaan beb. Yang paling penting, dari segi teknikal mesti betul.. hehehhe.. kerajaan pun bijak gakkkk

Sebelah petang pulak aku gi jumpa En Hanif. Bincang pasal kerja ukur di KL.. Luas gak tanah tu, 20 ekar. Tanah kat KL kalu 20 ekar, berapa harga ekk?? Mau ratus juta. Tapi kerja ukur ni, untuk tujuan agama… Allah hu akhbar… Dalam perbincangan tuu.. kami ada borak pasal permohonan tanah kerajaan & proses permohonan..

Bagi mereka yang pernah terlibat mohon tanah kerajaan nii.. misalnya Keown, Pie, Juruukur.. hehehe.. best betul.. Tapi yang belum pernah tuu.. nanti aku cerita macam mana nak mohon tanah kerajaan.. heheheh.. kayo kayo..

Untuk renungan hari nii..

1. Kalu kita ada masalah.. dapatkan nasihat dari orang yang mahir & profesioanal. Walaupun kena bayar sikit. Tapi berbaloi
2. Dah sampai masa nya orang Melayu bersatu, rebut peluang pelaburan kat luar sana

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR..bye..

AUCTION TANAH KUALA PILAH

Hari ni.. seawal subuh lagi aku dah gerak gi Mahkamah Tinggi Seremban. Ni kali pertama aku masuk auction kat mahkamah.. Bukan apa.. aku tak berapa mahir jalan kat area Seremban.. Takut sesat lak.. Tak dapat pulak aku nak masuk auction. heheh.. Mesti Si Keown and Pie nak dengar berita baik dari aku.. Sebab kami cadang nak syer bertiga beli tanah nii.. (Keown, Pie & Juruukur)

Tanah tu area Kuala Pilah.. Luas tanah 6 ekar… atas tanah penuh dengan pokok getah muda.. memang berbaloi kalau dapat.. hujung minggu, boleh lah kami motong.. bolehh dapat pasif income.. heheh.. Harga rezab pulak RM45k. Murahkan.. heheh

Aku dapat info pasal tanah nii kat NST. Apa lagi aku terus call Auctioneer tuu.. Bila aku call, dia kata tanah ni tak baik la.. tanah rezab melayu laa.. harga mahal laa.. mintak POS tak dapat dapat.. macam macam halangan pasal tanah nii pada peringkat awal. Aku tak puas hati.. aku call lawyer, syukur sangat.. lawyer bagi kerjasama yang amat baik.. Semua info dia bagi, termasuk salinan geran.

Bila dah ada salinan geran, jadi ada info no lot, ada info no geran,, jadi mudah untuk aku semak kat JABATAN UKUR. Aku mintak Nur tolong semakan. Nak check area mana, betul tak luas dia 6 ekar, mukim mana, daerah mana, aku semak pakai google earth lagi, nak semak jarak berapa jauh dari pekan kuala pilah dengan tanah nii.. apa ada kat tanah nii.. Bila semua info dah ada,, aku mintak tolong Limtat pulak (juruukur gak) buat site visit, tengok macam mana tanah tu, keadaan tanah tuu & carik batu sempadan. Aku suruh dia guna GPS jee.. hehehehe.. canggih kan ukur nii.

Keesokan nya.. aku lak turun buat site visit.. ajak budak aku sorang. Mudah nak tunjukkan site kat mana. Sambil tuu boleh gak aku test kreta baru.. nak tengok kuat tak kreta tu panjat bukit putus kat Kuala Pilah tuu.. heeheh.. (alamak) sampai jee site, terus aku jatuh hati dengan site tu.. depan tanah tu ada masjid,, ada rumah,, ada projek Jab Pertanian.. Ada library desa lg.. Aku dah start happy dah.. aku gi jumpa orang kampung,, tanya-tanya kalau-kalau ada tanah nak jual area sini,, aku tanya sekali harga tanah seekar kat kampung nii.. mereka kata sekitar 15k-20k.. Kalau banding dgn harga lelong, memang murah sangat lah.. mana tau boleh dapat rezab prize nanti.. berbaloi sangat

Lepas tuu aku gerak gi Pejabat Tanah Kuala Pilah. Aku buat carian resmi. Bukan apa, nak pastikan info-info yang aku terima dari peguam tu,, semuanya betul.. buat carian kat N.9 ni murah.. cuma RM40.00 satu lot jee. Sambil tuu aku sempat gak jumpa pegawai-pegawai kat sana.. boleh gak aku tabur-tabur kad bisnes. harap-harap nanti boleh aku dapat job ukur kat sini.. hehehhe

Bila semua info dah dapat, aku call Si Keown and Pie.. maklumkan pasal tanah nii.. mereka setuju bid.. pie cadangkan maximum harga bid boleh gii 55k jee.. Aku on jee.. Sebab ikut perancangan kami, tanah nii boleh :

1. Beli, ukur, bersihkan, jual balik
2. Beli, ukur, bersihkan, jual 3ekar, simpan 3 ekar
3. Beli, ukur, bersihkan, jual kayu getah, jual tanah kosong
4. Beli, ukur, bersihkan, hujung minggu boleh motong, boleh dapat pasif income.. heheh

Hari Isnin, sebelum buat bank draf, aku call lawyer, confirm balik, mana tau dah call off.. siap jee bank draf.. terus aku sms Keown & Pie,, bagi tau,, semua OK, bank draf dah ready, banyak berdoa,, harap harap boleh lah dapat tanah nii

Beza,, memang berbeza auction kat mahkamah seremban nii.. sebab aku sampai je tempat auction.. aku tengok 98%, semuanya bangsa asing, aii tak kan aku sorang je Melayu.. mana geng-geng PMC yang lain.. aku pun lepak-lepak kat situ dulu.. tepat jam 9 pagi,, pintu bilik lelong tuu bukak, aku pun isi borang, kena lekatkan sekali dengan IC, borang, bank draf. Letak borang tu dalam kotak.. Punya lah huru hara dalam bilik tuu, bising, pegawai marah marah, siap ada pengawal lagi, tak pernah aku tengok keadaan macam tuu sebelum nii.. Lebih teruk dari lelong kat dalam cerita P Ramlee tuu..

Sampai giliran tanah Kuala Pilah, kami si pembida nii, semuanya ada 6 orang kena panggil masuk ke bilik lelong.. kami berbaris lahh.. macam budak sekolah tuu.. sorang sorang nama dia orang panggil, kami pun start lah bid.. rancak sungguh… sempat gak aku angkat tangan.. bayangkan dari harga rezab 45k boleh naik sampai 90.5k.. mahal betull beb

Lepas kalah tuu.. aku pun tipon Keown,, sms pie,, maklumkan yang kita orang nii kalah bid… Pie and Keown kata.. jangan bimbang,, insyallah ada rezeki lain.. cuba lagi.. apa pun kami dah ada pengalaman bid pasal tanah, dah tau carik info, dah tau tengok potensi tanah dan macam macam lagi lah pasal tanah. heheh

Biar pun kalah masa bid hari nii.. tapi aku jumpa ramai kawan baru.. Abg Zamry, Abg wahab, Hj saleh, Hj Ridwan, Alhamdulillah..borak borak dengan dia orang nii.. Hj Ridwan suruh aku ukur pulak tanah dia kat Ampang.. apa orang kata.. tak dapat rotan, akar pun jadilah.. hehehhe. Tak lah rugi sangat.. Ukur jangan tak ukur..

INGAT TANAH.. INGAT JURUUKUR..

ASUH ANAK KITA MENJADI HARTAWAN BERIMAN

Aku baru jee habis baca buku RICH KID, SMART KID tulisan Robert T.Kiyosaki. Bagus sangat buku ni untuk para ibu bapak. Sebab kita boleh belajar teknik macam mana nak asuh anak supaya boleh berjaya

Apa yang boleh aku katakan, anak-anak kita umpama kain putih, kita sebagai ibu bapak yang akan corakkannya.. heheh.. macam ustaz lak juruukur nii.. heheh.. apa pun teknik kita nasihatkan anak banyak mempengaruhi anak anak kita

Dari kecik lagi, kita digalakkan asuh anak dengan didikan agama, fahamkan mereka dengan rukun iman, rukun islam, rukun sembahyang, puasa, sembahyang jemaah dan lain lain lagi lah.. selain tu kita perlu asuh anak-anak untuk berdoa kepada orang tua. Bukan apa, supaya bila kita dah meninggal nanti, anak-anak tak lupa doakan kita.. Insyalallah.. Besar harapan kita supaya anak-anak kita berjaya di dunia dan jugak di akhirat..

Bapak borek, anak rintek.. anak-anak banyak meniru cara, gaya kita. Kalau kita rajin sedekah, sembahyang berjemaah, jemaah dalam pelaburan, cakap baik-baik, insyallah anak-anak jugak akan ikut..

Kita juga sentiasa digalakkan untuk menilai anak kita dan minat anak kita. Sebab anak-anak boleh belajar dengan dua cara. Dengan cara bermain atau dengan cara duduk kat kelas. Sistem pendidikan kita sekarang nii, cuma beri penekanan kepada cara duduk kat kelas jee, dengar cikgu atau pensyarah mengajar. Lepas tuu kita akan jawab exam. Siapa dapat markah tinggi, mereka tu dianggap cerdik. Tapi macam mana dengan anak-anak yang suka bermain..??

Jadi Robert cadangkan ajar anak anak main Cashflow 101 dan Cashflow 202.. Game yang diasaskan oleh Robert Tiyosaki. Aku sendiri selalu main game nii.. Best betul.. sebab dalam game nii, anak anak akan diajar pasal pasif income.. teknik pelaburan yang betul, pasal akaun dan konsep kemewahan yang sebenar.
Kita juga digalakkan untuk terangkan pada anak-anak istilah istilah pelaburan, misalnya apa itu aset, apa liabilities, apa od, apa kad kredit, apa pasif income, apa tu syer, dan lain lain. Lagi bagus, kita sebagai mak bapak laksanakan apa yang kita ajar kepada anak-anak. Sekarang nii, kita terlibat dalam pelaburan hartanah, mungkin nanti kita main syer sikit, main CPO sikit, ada pasif income dari ASB, yang penting, asalkan anak-anak kita boleh nampak usaha kita, untuk dapat sumber-sumber pasif income. Sebab kemewahan sebenar adalah bila pasif income kita lebih banyak berbanding perbelanjaan, maka kita dah pun mewah

Pekerjaan yang baik untuk anak-anak kita adalah sebagai pelabur atau bisnesman. Sebab profesion sebagai pelabur atau bisnesman nii, mereka cuma bekerja sekali jee, tapi lepas tuu, setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan boleh dapat pasif income.. sebagai contoh macam kes aku.. profesion aku adalah juruukur, sebab setiap hari aku kena jumpa klien, kena datang ofis, meeting, bagi consult pd client dan lain-lain. Tapi bisnes aku adalah hasil rumah sewa, untung main syer, sewa tanah, dividen ASB, untung main CPO dan lain-lain..

Jom kita tngkatkan pasif income kita.. lagi cepat, lagi bagus… sebab lagi freedom… Alllah hu Akhbar…