Archive for October 7th, 2008

ABAH, TOLONG AJAR NAUFAL MACAM MANA TEKNIK NAK JADI KAYA BOLEH?

Raya tahun nii, aku rasa seronok sangat. Sebab kami sekeluarga masak sama-sama. Riuh rendah dibuatnya. Raya pertama aku ada kat Beranang. Raya kedua aku and family balik Melaka, jumpa sedara mak mertua aku. Raya ketiga kami sekeluarga balik pulak Alor Star. Walaupun jauh perjalanan, tapi anak-anak happy betul

Masa dalam kereta, dari Melaka ke Alor Star. Kami borak lah macam-macam. Ada yang menyanyi, makan kuih raya, ada yang menangis dan macam macam lagi lah. Apa yang menariknya, anak aku si Naufal tanya kat aku ” abah, tolong ajar Naufal macam mana teknik nak jadi kaya boleh? Tak semena-mena aku jadi terkedu. Aku jadi kaku. Aku bagi tau anak aku, bagi aku sikit masa untuk aku carik jawapan.

Kalau korang pernah terbaca ke, terdengar ke, teknik-teknik yang menarik, syer lah dengan aku ekkk…

SELAMAT HARI RAYA

Dah lama aku tak menulis dalam blog nii. Insyallah selepas nii aku berazam sangat, sedaya upaya untuk menulis setiap hari walaupun sebaris ayat. heheheh

Tak lewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk teman sekeluarga. Semoga Allah berkati usaha kita

Amin