Hari ni aku ada site visit dengan YB Rahmat. Janji pukul 9 pagi jumpa kat Beranang. Best kan kalu ada cash banyak. Boleh beli tanah, beli kedai, beli rumah selamba badak jee.. Tak yah risau pasal loan. Kalu bank tak bagi loan.. Boleh bayar cash jee.. Best kan…kann..

Aku sampai Beranang ngam ngam pukul 9. Aku lepak kat kedai mamak sementara tunggu YB Rahmat sampai. Aku pun order lah teh tarik sambil baca NST. Sebab dalam NST ni banyak info rumah lelong. Tengah tengah khusyuk mentelaah.. tiba tiba YB Rahmat pun sampai. Terus dia tunjukkan geran tanah. Kami pun start lah bincang pasal tanah yang dia nak beli tuu..

Lebih kurang pukul 930 pagi.. kita orang pun gerak buat site visit. Best gak masuk kampung orang nii.. Nyaman jee.. Banyak pokok. Kat Beranang nii, aku tengok banyak sangat orang buat projek tanam serai. Cantik beb… Sapa sapa minat nak tanam serai boleh lah datang sini..

Aku sampai site pukul 945 pagi. Nasib baik ada jalan bertar nak masuk site nii.. Kalau tak, habis kreta aku. Sampai jee site, aku tengok site keadaan topografi tanah agak rata. Keadaan dia agak belukar. Tapi ada banyak pokok pisang and pokok durian. Best nya ada jalan kampung untuk sampai site, ada elektrik, sebelah lot tanah ni pulak ada rumah kampung, ada telefon, maxis ada line, ada sungai, ada pagar.

Masalah nya sekarang nii. YB Rahmat tak pasti samada tanah yang kita orang buat site visit nii betul kee tak. Sebab agent yang tunjukkan kat dia. Mana tau nanti agent tunjuk tempat cantik jee. Bila kita dah beli kesannya tempat lain.. Teruk dibuatnya.

Jadi dia mintak tolong aku tentukan semula sempadan lot tanah yang dia nak beli ni. Pastu tolong buat carian resmi untuk tanah nii. Dan semak zooning tanah kat Jabatan Perancang. Yang paling penting semak lot tanah nii kat Jabatan Ukur. Bukan apa, ada banyak kes luas tanah kat dalam geran sementara tak sama dengan maklumat kat Jabatan Ukur. Bukan tuu je, dia mintak aku semak ketegori tanah, tempoh pegangan, semak pegangan samada tanah rezab melayu, dan semak ada kaveat atau tak. Ayoo banyak mau semak..

Apa boleh buat. Memang ni lah kerja aku. Bagi consult kat klien pasal tanah. Kalu korang ada masalah tanah, jangan malu, jangan segan, calling calling aku. Insyallah aku sedia membantu..

Ok YB Rahmat, bagi aku sikit masa untuk selesaikan kerja ukur nii.. pastu kita jumpa ekk.. Kita bincang pasal info-info yang YB nak tau tuu..