Aku syukur sangat sebab berpeluang untuk berbincang dengan saudara Ir Haslin. Ahli Majlis Perbandaran Sepang. Antara topik yang dibincangkan adalah masalah tanah setinggan, tukar syarat tanah, masalah-masalah tanah dan lain-lain lagi lah..

Bila aku sentuh jee, bab tukar syarat tanah dan lot bungalow, terus je dia mintak aku tolong untuk uruskan tanah dia yang selama nii tergendala. Al kisah ceritanya, dia dengan kawan kawan dah pun beli tanah 3 tahun lepas kat Sungai Merab, Bangi. Masa tu dia orang beli kongsi kongsi. Maksud aku mereka syer-syer duit lah.

Tanah tu kategori pertanian, luas tanah cuma 2.5 ekar je, 10 orang syer beli tanah tuu. Masa beli tu antara mereka dan pun buat perjanjian. Sekarang nii proses pindah milik dah pun selesai, dari nama tuan tanah asal kepada salah seorang pemegang syer. Mereka amanahkan kepada Wak Sudir. Ayoo Wak Sudir.. kayo nya tuan.. Banyak nya tanah. heheheh…

Jadi masalahnya sekarang, aku dimintak untuk tolong mereka supaya setiap seorang dr mereka boleh dapat geran individu. Tujuannya, senang mereka nak buat rumah masing-masing, dah tahu sempadan, pastu nak apply loan pun senang. Sebab tanah tuu boleh dicagar pada bank

Apa lagi, aku pun terangkan lah proses yang terlibat, jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat, tempoh kelulusan, bayaran yang dikenakan sampai dapat geran individu. Dari air muka Haslin, aku nampak dia dah start pening dah… heheh.. heheh.. Ok Ir Haslin.. jangan pening pening, aku akan uruskan sampai dapat geran individu, ada masalah jee call aku.. aku sedia membantu..

Dari pengalaman aku, untuk mereka yang first time terlibat dengan pembangunan tanah, biasalah mereka akan pening pening sikit. Sebab banyak istilah-istilah tanah yang mereka kurang paham. Sebenarnya urusan tanah senang jee.. tapi kena lah carik konsultan yang betul-betul mahir. heheh.. hehhe

Untuk sapa sapa ada masalah tanah, boleh call aku.. ingat tanah, ingat juruukur, call jangan tak call 012-3193576.. hafizal@juruukur.. heheh