Semalam.. Ir Haslin pagi-pagi lagi dah call aku. Nak jumpa untuk bincang pasal tukar syarat tanah dia. Tanah tu kat Sungai Merab, Bangi. Bukan apa.. dia nak tanya progress.. setakad nii aku dah siapkan kerja sampai mana. Sebenarnya aku dah pun buat submission kat Pejabat Tanah Sepang. Dah siap semua dokumen.. Tinggal tunggu kelulusan jee.. Terkejut beruk Ir Haslin.. Aku kata, dalam 2 bulan lagi lulus lah permohonan tuu.. Aku nampak.. Dia happy sangat.. Terus dia tulis cek, dapat aku payment.. heheh.. Boleh aku bernafas sikit.. Terus dia kata “Bagus bagus aku suka melayu macam nii.. efisyen, laju, pantas,” kembang akuuuu.. kena puji

Lepas tu.. aku jumpa Saudara Fauzi, Saudara Adnan.. Schoollmate aku masa zaman muda-muda remaja dulu.. Aku nak market sikit pasal kawan aku nii.. Saudara Adnan.. Dia nii lawyer. Kalau korang tau pasal Wardina saman Maiden, pasal satu company saman Mawi, pasal satu pasangan saman Amy Search.. Dia lah lawyer yang bertanggungjawab. Glamour sahabat aku nii.. Selalu masuk TV. hehhehe.. Aku pulak jumpa dia, nak daptkan nasihat pasal law. hehehe..

Sambil tu kami pun bincang dengan Saudara Fauzi. Pasal masalah tanah dia, dia bagi tau, kerajaan dah buat jalan atas tanah dia. Pastu kalu hujan pulak, air dari jalan melimpah-melimpah masuk tanah dia. Habis lecak. Jadi dia nak saman kerajaan pasal masalah nii. Tugas aku cuba bagi sikit nasihat, dari segi teknikal ukur, macam mana nakk tunjukkan masalah ni pada pihak kerajaan. Aku cadangkan supaya Saudara Fauzi buat ukur butiran ke atas tanah tu. Ambik semua maklumat, jalan, longkang, rumah, tiang elektrik dan lain-lain. Supaya dari pelan yang aku hasilkan nanti.. Nampak lah mana bahagian yang kerajaan dah ceroboh.. Dari maklumat tu gak, boleh kira luas tanah yang rosak, dan cadangan pembangunan masa depan. Bukan senang nak saman kerajaan beb. Yang paling penting, dari segi teknikal mesti betul.. hehehhe.. kerajaan pun bijak gakkkk

Sebelah petang pulak aku gi jumpa En Hanif. Bincang pasal kerja ukur di KL.. Luas gak tanah tu, 20 ekar. Tanah kat KL kalu 20 ekar, berapa harga ekk?? Mau ratus juta. Tapi kerja ukur ni, untuk tujuan agama… Allah hu akhbar… Dalam perbincangan tuu.. kami ada borak pasal permohonan tanah kerajaan & proses permohonan..

Bagi mereka yang pernah terlibat mohon tanah kerajaan nii.. misalnya Keown, Pie, Juruukur.. hehehe.. best betul.. Tapi yang belum pernah tuu.. nanti aku cerita macam mana nak mohon tanah kerajaan.. heheheh.. kayo kayo..

Untuk renungan hari nii..

1. Kalu kita ada masalah.. dapatkan nasihat dari orang yang mahir & profesioanal. Walaupun kena bayar sikit. Tapi berbaloi
2. Dah sampai masa nya orang Melayu bersatu, rebut peluang pelaburan kat luar sana

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR..bye..