Mohon tanah kerajaan nii.. tak lah susah sangat. Apa yang penting, korang mesti ada info. Info ni boleh dapat dari pejabat tanah, dari orang kampung, orang politik. Bila dah ada info, korang pergi pejabat tanah daerah tempat yang korang nak mohon tuu.. Bagi kes aku, aku biasa kat pejabat tanah Gombak, Hulu Langat, Sepang.

Sampai pejabat tanah, korang mohon borang Jadual 1 (borang mohon tanah kerajaan). Korang isilah borang tuu. Senang je isi. Lekat kan sekali dengan pelan tanah korang. Bagus pelan ni disediakan oleh pihak juruukur. Sebab juruukur paham pasal koordinat. Banyak kes, mohon tanah tempat lain, dapat tempat lain.. Punca nya, masalah koordinat

Bila dah hantar borang tuu, korang kejar pejabat tanah, 2 minggu sekali datang, tanya apa status permohonan kita. Nanti korang tau lah, seribu satu alasan pihak pejabat tanah. Tapi korang jangan jemu.. korang kejar jee..

Bagi kes aku, Pie and Keown. Kami mohon tanah kat Pahang. Setakad nii berjalan lancar. Aku harap sangat tanah ni boleh dapat dalam tempoh terdekat nii.. Nanti boleh buat ladang PMC beb.. Ni kira big projek nii.. Walaupun nilai tanah nii antara 7k hingga 10k seekar.. tapi kalau dah ratus ekar.. dah berapa… juta-juta gak.. heheh..

Itu jam, apa kelas nak beli low kos.. banyak sangat sekatan, baik kita tanam kelapa sawit, tanam getah, heheh.. lagi tinggi pasif income boleh dapat. Mana tau pulak area tu ada balak, lagi best. Boleh jadi tokeh balak kita orang … heheh (angan-angan)

Setakad ni,, sepanjang karier aku jadi juruukur nii.. alhamdulilah.. aku ada lah dapat 1 keping tanah.. Nilai tanah tuu sekarang ni RM250k, boleh lah untuk masa tua.. heheh..

Apa pun.. kalau korang ada info pasal tanah kosong.. Ni aku nak offer nii.. jom kita syer sama-sama.. Korang ada info, aku ada teknikal and pengalaman.. Kita JV.. Untung gila babas beb… heheh

Korang pernah dengar pasal tanah TOL?? Sok aku cerita.. macam mana lak nak mohon tanah TOL nii..

Sebagai renungan hari nii.. “Apa itu kaya? Kaya adalah bila pasif income kita lebih banyak dari perbelanjaan.. Maka kita sudah jadi orang kaya..”

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR