Archive for November 5th, 2008

KENAPA RASA DIRI TAK MAJU

Sejak seminggu nii. Aku rasa diri aku nii tak maju lah. Dok kat takad situ jee… Gerammm betul lah.. Walau pun projek ukur ada, alhmadulilah semakin bertambah. Tapi aku rasa tak maju-maju gak. heheh.. Bahaya nii. Virus bahaya dah tiba

Aku tahu sebab apa.. sebab aku tak ada buku menarik pasal investment yang boleh aku baca. Tu yang rasa gersang semacam jee nii. Siap wife aku sound lagi.. hehehhe…. “Abang tak beli buku baru kee??” Ayooo..

Hari Sabtu and Ahad minggu lepas, aku dah pergi MPH Alamanda, Popular IOI, MPH MidValley. Carik buku pasal investment yang best.. Tapi tak jumpa yang ngam. Tu yang geram tuu.. Eeeeee geram nya.Untuk pengetahuan korang, aku ni peminat buku tulisan Robert Kiyosaki.. ..

Kawan kita dah maju dah.. siap main Forex lagi, ada yang main CPO, dah dapat riban-riban. Aku kat ukur jee lagi nii.. asyik tanah.. tanah jee…tak abis abis dengan tanah.. hehhe..

Korang cadangkan kat aku.. apa buku menarik yang mesti aku baca.. gersang betul otak aku sekarang niii.. heheh… kalau dibiarkan boleh kaput otak aku.. hehehe

URUSKAN TANAH FAMILY KITA

Aku nak syer sikit ngan korang pasal masalah tanah. Al kisah ceritanya klien aku nii, Saudara Zafran ada sebidang tanah kat Hulu Langat, luasnya 4 ekar. Jadi dia cadang nak sewakan tanah tu untuk buat projek pertanian.

Masalahnya, selama nii family dia bagi tau.. tanah tu atas nama ayah dia jee, maksudnya pemilik tunggallah.. dan bila bincang pasal sempadan tanah, orang dulu mereka main dari pokok ni sampai pokok sana jee.. tak de pun tanda sempadan yang sah. Tak de pun batu sempadan

Jadi dia mintak aku tolong semakan tanah dia.. dari A to Z.. hehehe.. Untuk selesaikan tanah dia nii.. Mula-mula aku pun buat carian kat Pejabat Tanah Hulu Langat. Beli carian persendirian jee. Cuma nak tengok sapa nama pemilik tanah yang terkini. Dapat jee carian, aku pun call dia, bagi tau info terkini. Alangkah terperanjat nya dia.. tanah tuu dah ada 6 nama sekarang nii.. heheheh.. Pening lalat dia

Sekarang ni kerja ukur kat site tengah buat, kalau lah ada rumah, bengkel haram atas tanah dia. Mesti tambah lah hura hara nanti.

Jadi aku cadangkan kat korang.. kalu korang ada tanah, bagus dalam 3 tahun sekali buatlah carian. Bukan apa, untuk semak jee. Untuk pastikan nama kita betul ada dalam geran tuu. Tak de nama orang lain. Pastu pastikan tanda tanda sempadan tanah kita dalam keadaan baik. Lagi bagus buat pagar. Jangan bagi orang masuk ceroboh

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR