Archive for November 6th, 2008

JOM BERI KOMEN..

Aku nak mintak tolong dari korang ni boleh??

1. Tolong bagi komen pasal blog aku nii. Apa yang patut aku tokok tambah?

2. Sebenarnya skop ukur nii agak besar. Terlalu banyak info pasal tanah yang boleh aku syer ngan korang. Bukan setakad ukur sempadan jee. Ada banyak lagi. Jadi sekarang nii.. info tanah macam mana yang korang nak dari aku?

Sila lah.. sila.. sila.. heheh

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

TOLONG BAYAR CUKAI TANAH

Hari ni aku, Saudara Kahar call aku. Katanya dia dapat nombor aku dari orang pejabat tanah Sepang. Aku nak ucapkan tima kasih lah banyak-banyak kat geng-geng pejabat tanah nii. Korang banyak sokong aku selama ni.. TQ, TQ

Masalah Si Kahar nii, dulu arwah atok dia ada tanah kat pinggiran Putrajaya. Tanah tu 10 ekar. Lepas atok dia meninggal. Tak de sapa yang nak uruskan tanah tu. Tak de sapa yang peduli. Cukai tanah pun tak bayar. Lebih dari 15 tahun.

Sekarang nii.. Bila Si Kahar nak usahakan tanah tuu. Nak buat projek pertanian. Dia mintak aku ukurkan sempadan tanah atok dia. Takut usaha nanti masuk tanah orang lain.

Sebelum aku buat kerja ukur kat site. Aku pun buat semakan pelan kat Jabatan Ukur. Alangkah terperanjatnya aku.. lot tanah tuu dah tak dee. Dah jadi lot kecik-kecik. Dah jadi sekar sekar.

Maksudnya tanah tuu dah pun diberimilik kepada orang lain. Geran baru pun dah siap dah.. Sebab apa semua ni boleh terjadi?.. sebab Si Kahar tak bayar cukai tanah. Pastu tanah tuu tak usaha. Jadi hutan belantara jee. Jadi kerajaan negeri ada kuasa untuk berimilik kepada orang lain.

So, jangan main main pasal cukai tanah nii. Kalau lah Kahar uruskan tanah tuu.. sekarang ni nilai tanah kat sana RM300k/ekar. Kalu 10 ekar, sudah jadi RM3 juta beb.. rugi.. rugi..

Bukan dia jee rugi.. aku pun rugi gak.. tak dapat kerja ukur.. heheh.. kalau tak masuuuklah sikit.. hehhe

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR