Archive for November 8th, 2008

AKTIVITI JURUUKUR

Tengah tu.. Juruukur tengah khusyuk meeting kat Restoran Hj Samuri. Kita orang nak buat reunion sekolah lama

Pastu ada upacara penyampaian hadiah. Juruukur terima hadiah.. heheh.. best gakk..


HEBATNYA REZEKI ALLAH

Semalam aku rasa syukur sangat. Alhamdulilah.. Dapat banyak job. Kerja apa lagi.. kalu tak kerja-kerja ukur. Alhamdulilah.. Hehehe… Macam tu lah rutin hidup aku. Ukur.. ukur.. tanah… tanah.. tak habis-habis

Pagi-pagi lagi, client aku, nama dia En Muhammad dah call, suruh datang meeting hari Isnin pagi. pukul 9 kat Balakong, bincang pasal payment dan skop kerja ukur yang aku tawarkan. Tanah En Muhammad ni terlibat dengan pengambilan sebahagian tanah untuk projek lebuhraya. Jadi dia mintak aku ukurkan baki lot yang tinggal. Emmm mudah jee tuu. heheh.. Syukur sangat

Sampai je ofis, cikgu Asnaniar fax salinan geran.. mintak aku ukurkan tanah dia. Cikgu ni baru jee beli tanah.. jadi dia nak buat pagar. So dia nak aku confirm sempadan tanah dia

Pastu En Suhaimi call lak.. bagi tau projek tukar syarat tanah dari pertanian kepada bangunan kediaman kat Sepang boleh on dah.. syukur nya.. En Suhaimi ada tanah 3 ekar, jadi dia nak upgrade tanah tu jadi lot bungalow. Nanti bila dah dapat geran individu.. dia nak jual

Lepas je solat Jumaat.. Makcik Azizah call.. dia ajak meeting hari Sabtu jam 10 pagi kat Hulu Langat. Kat rumah dia. Sebab dia nak buat pecah bahagian tanah pastu nak buat payment. Ceritanya, Makcik Azizah dan sepupu ada tanah 2 ekar. Tapi dalam 1 geran. Jadi mereka masing-masing dah tua. So dia nak aku uruskan supaya Makcik Azizah dapat 1 geran pastu sepupu dia dapat satu geran gak.. Boleh jee…

Tengah lepak-lepak kat Ampang ngan Ustaz Awis.. Si Micheal call. Ajak buat site visit hari Ahad. Nak ukur tanah kat Jenderam. Katanya client dia nak buat bungalow. Kalu nak buat rumah bungalow ni.. kena buat ukur gak geng. Akitek atau engineer nak kat maklumat topografi lot tuu.. pastu info pasal tiang elektrik, longkang, sempadan tanah dan lain-lain lagi. Baru mudah mereka tu nak design

Aku jumpa Ustaz Awis nii.. nak collect geran jee. Tapi bila borak ngan dia nii.. Aura ustaz ni lain lah.. Aku tak mau berhenti cakap. Banyak sangat idea. heheh.. Ehh Ustaz ni bukan sebarang Ustaz tau.. Hebat IT lahh.. heheh.. promosi ustaz sikit..heheh.. Ustaz.. nanti tanah ustaz yang nak tukar syarat dari perniagaan kepada pertanian balik tuu.. saya boleh tolong.. tak mahal punn.

Sebelah malam lak.. Ir Haslin tipon, mintak aku ukurkan tanah masjid kat Sepang. Kena start ukur hari Selasa. Pastu tentukan arah kiblat sekali. Baik Ir Haslin.. saya menurut perintah dan patuh atas arahan.. ehehh

Renungan hari ni. Hebatkan rezeki Allah.. Kita mampu merancang, tapi Allah yang tentukan

INGAT TANAH.. INGAT JURUUKUR