Kadang-kadang aku cemburu gak.. bila tengok orang lain mudah sangat berjaya, usaha sikit tapi hasil lumayan. Ada pulak yang usaha susah payah, tapi hasil ceput jee. Dan ada orang berjaya sebab tuah. Datang dari family kaya, politik atau kerabat

Ada orang boleh simpan duit 100K dalam masa setahun, ada orang ambik masa 20 tahun untuk simpan 100K. Ada orang borak-borak ngan orang politik.. boleh dapat 100K. heheheh

Bagi aku.. teknik kita berusaha tuu yang amat penting. Kita mesti memudahkan benda yang mudah. Contoh bagi kes aku.. aku buat kerja ukur, kena pergi meeting, ada company, ada staf, kena bayar sewa ofis, kena bayar macam-macam lagi. Katakan lah setahun aku boleh untung RM100k

Pie pulak, beli rumah lelong 5 bijik, pastu suruh Man repair, kasi cat baik-baik, upah lawyer, kasi sewa, tak yah ada company, tak yah ada staf, tak yah bayar bil, tiap-tap bulan ada gaji lagi. Tapi bila Pie jual semua rumah tu, Pie dapat 100K gak setahun.. hebatkan.. smart kan

Jom korang kongsikan, mungkin teknik usaha korang yang mudah, yang korang boleh syer, yang boleh dapat untung lumayann.. Komen… jangan tak komen… heheh

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR