Hari Sabtu and Ahad yang lepas nii.. aku ada banyak site visit. Terutama untuk bantu klien yang ada masalah sempadan tanah. Maklumlah klien tengah bercuti.. bersantai.. jadi mudahlah kalau nak bawak aku untuk site visit

Al kisah kali nii.. aku nak syer sikit masalah tanah cikgu As. Dia baru jee beli tanah dengan rumah seluas 1/2 ekar kat Hulu Langat. Harga RM80K. Lokasi memang menarik. Banyak pokok buah-buah. Siap ada kolam ikan lagi. Kalau pencen-pencen duduk sini.. memang panjang umur.. sebab banyak pokok.. bila banyak pokok banyak gak oksigen.. heheh

Tanpa banyak cerita, dia pun bayar cash RM80k tu. Pastu buat pindah milik dari tuan tanah asal kepada nama dia. Sekarang ni nama dia dah tertera dalam geran. Happy sangat dia

Masa site visit hari Sabtu tu, dia tunjukkan lah sempadan tapak rumah yang dia beli tu, kononnya dari pokok bunga sini sampai pokok mangga sana. Dari jalan sini sampai sungai sana. Macam tu lah lebih kurang. Tak de pun sempadan khusus

Jadi dia mintak aku ukurkan sempadan lot dia, pastu buat semakan zoning tanah, tempoh pajakan dan cari nama-nama pemilik lain

Tadi aku dah pun buat carian persendirian kat pejabat tanah. Bila aku semak, memang betullah nama dia dah ada dalam rekod daftar pejabat tanah. Bahagian dia 1/20.

Tanah nii pulak akan tamat tempoh dalam tahun 2062, bila tamat tempoh, pastu cikgu kena mohon lanjut tempoh pajakan. Kategori tanah adalah pertanian. Dan yang paling hebat.. tanah ni cuma seluas 9.8 ekar tapi ada 57 orang pemilik dalam 1 geran. hehehe..

Ayoooo.. ni dah macam setinggan nii. So kalau korang nak beli tanah.. Elakkan dari beli tanah macam nii. Tanah macam nii tak de nilai. Nak cagar susah, nak buat OD tak leh.. sebab tak de geran individu. Pastu tempoh expired dah nak sampai.

Ok cikgu.. esok kita jumpa..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR