Aku nak syer sikit ngan korang masalah tanah klien aku ni. Moga-moga boleh jadi renungan untuk kita semua.

Nama dia En Rahim. Baru jee beli tanah kat Kajang seluas 1.2 ekar. Harga RM280K. Masalah nya, masa beli tuu.. agent dia tunjukkan lebih kurang je sempadan tanah. Dari apa yang ditunjukkan oleh agent, tempat tu nampak menarik lah. Boleh buat store, topografi tanah agak lapang, rata, sebelah tanah ada hadware, bila semak zoning tanah yang dia beli tuu kat majlis perbandaran Kajang pulak, zooning perniagaan. Maksudnya tanah tuu boleh ditukar syarat dari kategori pertanian kepada bangunan perniagaan.

Masa beli tuu.. En Rahim tak lantik lawyer untuk buat SNP, katanya dia kenal penjual

Tapi disebalik tuu.. bila aku semak tanah En Rahim, lot dia tak dee rezab jalan keluar masuk. Dari kerja ukur yang aku buat kat site pulak, hampir 30% dari keluasan tanah En Rahim masuk dalam sungai, 20% pulak ada jalan bertar. Jadi En Rahim cuma ada 50% jee balance area yang boleh diguna. Rugi.. rugi

Sekarang nak buat macam mana? Payment semua dah bayar pada penjual. SNP pulak tak buat masa beli. Pening gak kan.. Pastu En Rahim asyik cakap.. “Zal.. aku tertipu lah.. Tipah tertipu.. Tipah tertipu”

Jadi.. aku cadangkan.. kalau lah korang nak beli tanah.. nak invest tanah, dapatkan nasihat percuma dari juruukur. Free jee.. Sebab.. jangan kita tertipu dengan game tanah nii.