Pagi tadi aku ada meeting kat Klang, untuk bincangkan masalah klien aku. En Hamid ni ada tanah 124 ekar kat daerah Hulu Langat. Dulu kawasan nii bekas lombong. Banyak lah kolam-kolam tinggal

Apa yang berlaku sekarang nii.. Ada orang tengah ceroboh tanah En Hamid.. Buat kolam ikan lagi. Jadi meeting tadi, dia mintak aku bantu untuk buat tindakan yang sesuai, supaya orang yang ceroboh tadi boleh keluar dari tanah dia

Baik En Hamid… saya patuh arahan. heheh. Kecik punya hal lahh

Jadi esok aku akan buat site visit dengan pekerja dia. Pastu ambik gambar kawasan yang diceroboh. Nanti aku akan buat surat kepada Pejabat Tanah untuk maklumkan perkara nii

Pastu aku akan buat kerja ukur kat site, ambik semua maklumat, tandakan sempadan balik dan sediakan pelan. Kalu lah betul.. orang tuu ceroboh tanah En Hamid.. aku akan hantar pelan yang aku siapkan tuu pada Pejabat Tanah gak. Nanti pejabat tanah akan panggil orang yang ceroboh tuu untuk berbincang dengan En Hamid.

Best borak ngan orang kaya ni. Banyak nasihat yang dia syer ngan aku. Antaranya …

1. Zal.. untuk jadi mewah, invest dalam hartanah.. terutama tanah.. sebab tanah tak ada limit harga
2. Banyak bagi sedekah Zal. Ko bagi 1 pasti ko dapat balik 10
3. Kalau ko ada idea menarik, syer dengan orang kaya. Jangan simpan jee
4. Aku buat my first milion bila umur aku 40 tahun. Jadi Zal ko boleh capai pada umur berapa?

Cabaran siut… cabarann.. cabaran..

Aku sahut cabaran.. akan ku buktikan.. sebelum umur aku 35 tahun, aku pastikan pasif income aku mesti lebih tinggi dari perbelanjaan.

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR