Aku perhatikan.. orang kaya suka sangat invest kat tanah & kedai. Malam tadi misalnya, klien aku call mintak nasihat pasal tanah yang baru dia dapat, 557 ekar kat Gua Musang. Tanah kurnia. Tindakan yang perlu dia buat untuk pastikan tanah tadi boleh dapat geran

Invest kat tanah nii, lebih kepada keuntungan kapital. Jadi kita kena simpan lama. Mungkin antara 2 hingga 10 tahun. Mungkin gak lebih dari tuu. Tapi ianya berbaloi. Bila harga tanah tadi naik, macam mana yang kita harapkan.. kita boleh jual

Dalam tempoh menunggu tuu.. Tanah tadi kita boleh usahakan. Buat projek pertanian ke, bela ikan ke, tanam kelapa sawit, tanam getah. Macam-macam kita boleh buat. Boleh dapat pasif income dari projek pertanian lak. Paling tidak.. kita biarkan jee. Jadi semak pun tak pee. Bukan kena bayar maintanance fees punn.. Tapi ingat.. cukai tanah kena bayar beb.. nanti kerajaan boleh ambik balik. heheh

Strategi aku.. aku suka beli tanah kawasan kampung. Tapi tanah tu mesti ada kemudahan jalan tar, ada elektrik, air and telefon. Sebelum beli aku ukur dulu. Pastu aku kasi clear tanah tuu. Kasi sodok pakai scorpion (jentolak). Suruh Indon tanam tiang pagar. Asal nampak sempadan tanah je. Tak yah buat pagar cantik cantik pun. Pastu kasi iklan kat Harakah. Setakad nii.. alhamdulilah.. semua terjual. Target klien aku adalah kontraktor. Dia orang nak buat store barang

Untung kee? Untung lah sikit.. Simpan tak lama pun. Tak sampai setahun

Tanah kat Bangi 1 ekar
Harga beli : RM35k
Upah ukur, pindahmilik, bersih, tanam tiang pagar, iklan : RM5k
Jual : RM110k
Untung : RM110k – RM40 : RM70k

Tanah kat Beranang 1.2 ekar
Harga beli : RM45k
Upah ukur, pindahmilik, bersih, tanam tiang pagar, iklan : RM5k
Jual : RM125k
Untung : Rm125k – RM50k : RM75k

Ada lagi beberapa kes lain. Tak leh nak cerita semua kat dalam blog. hehehe. Walaupun tak de pasif income kat investment tanah nii. Bila untung, park lah duit tu kat ASB. Pastu buat OD. Macam idea Pie tuu. Jadi pasif income dapat lah sikit hasil dividen ASB. hehhe

Invest kat tanah nii memang untung. Pasti untung. Berbaloi sangat

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR