Ramai dari kita nii… tak sabar nak kumpul modal. Kalu boleh terus je hari ni nak ada 1 juta dalam akaun. Tak leh lah macam tuu. Dalam proses kumpul modal nii.. kita kena sabar. Usaha dari satu peringkat ke satu peringkat. Hari ni lebih baik dari semalam, esok pulak lebih baik dari hari nii. Orang Cina kata man man aaa..

Kumpul modal nii ala macam kita belajar kat U laa. Yang seronoknya belajar nii.. proses belajar tuu.. dari tahun satu ada orentasi, pastu masuk tahun dua, ada awek.. belajar sama-sama, pastu cuti sem, masuk tahun 3 dan seterusnya. Tiru buat assignment, tak tido malam, exam lak bawak toyol. Proses nii lah yang best.
Bila konvo pakai baju konvo, ambik degree, lambung topi, ambik gambar dengan awek, kenalkan ngan mak bapak.. semua tuu cuma best sekejap jee. hehe hehe. Betul ke ni?

Samalah jugak dalam proses kumpul modal. Maksudnya aktiviti yang kita buat. Macam mana kita olah financial kita. Ada yang ada modal terus melabur kat swichcash pastu telingkup, kumpul modal balik konon pertanian adalah perniagaan, tanam lah cili, cili lak daun kerinting. Terlingkup. Orang sibuk buat direct selling, kita pun joint, invest lah sampai puluh ribu.. pastu tertipu.

Gagal pastu gagal lagi. Dari sini baru kita belajar. Kita bina network, kenal ramai kawan, belajar teknik invest, konsep invest, sampai lah kita jumpa 1 teknik yang betul untuk invest. Proses nii yang paling mahal. Proses nii yang menguji sama kita ni investor ala ayam daging atau investor ala ayam kampung

Investor ala ayam daging nii.. lebih kepada investor pakej. Semua orang siapkan. Ala macam ayam daging dok dalam reban tuu.. semua tuan siapkan, tuan bagi makan.. dia makan.. tuan bagi makan ubat. dia makan.. tido ada aircond, berak tuan cuci, sampai masa, kena sembelih. Investor macam nii tak syok lah. Tak mencabar langsung

Investor jenis nii langsung tak kreatif. Apa mereka buat untuk dapat modal. Ikut cara orang lain jee. Nak dapat modal, simpan lah duit gaji ciput-ciput dalam ASB, hujung tahun tunggu dividen, pastu keluarkan duit KWSP baru lah boleh invest, insuran matang jee nak keluarkan.. konon nak invest lah, sapa yang kerja kerajaan lak, sibuk lah nak buat loan kerajaan konon nak invest rumah, yang kerja privet lak, ambik loan majikan. Mak bapak bagi tanah.. dia pun cagarkan kat bank.. dapat duit tuu baru boleh invesst. Lebih teruk lagi.. pinjam duit mak bapak.. konon nak invest. Paling ketawa.. ambik personal loan pulak, baru belajar nak invest

Bukan lah idea tu tak bagus. Bagus juga sebenarnya. Sebab terbukti ramai orang yang dah berjaya jadi pelabur guna cara nii. (ayoo aku kutuk diri aku sendiri lah) heh hehe hehe. Padan muka aku.. heh hehe

Untuk lebih cepat berjaya.. aku nampak kita mesti jadi pelabur ala ayam kampung. Kreatif and smart.

Jadi.. esok kita bincang lak “macam mana investor ala ayam kampung carik modal” heh hehe.
Jumpa lagi

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR