Baru aku tau.. dalam dunia nii, sebenarnya ramai orang kaya. Hari ni aku sempatlah menyusur masuk area lot bungalow kat area Bandar Baru Bangi. Pergi meeting kat rumah klien. Mereka nii kaya ya amat sangat. Bukan dia jee kaya. Jiran-jiran pun kaya. Kagum kejap aku dibuatnya. Apa yang mereka buat aa? Niaga ke? Kerja kee?. Dasyat beb. Tapi macam mana pun aku syukur sangat, sebab mereka semua tuu muslim

Lepas berdiskusi dengan klien nii. Alhamdulillah dapat lah aku 2 job ukur baru. Aku pun mintak lah diri.. On the way balik. Dok tengah memandu, teringat aku kata-kata klien tadi.. baru aku perasan, sebenarnya kita nii dikelilingi oleh 2 jenis kumpulan orang.

Kumpulan orang kaya, banyak duit, tapi tak tau duit nak buat apa. Mereka ni dok rumah bungalow, kereta mewah, beriman, pakaian berjenama, pasif income hebat, positif, sentiasa mencari peluang, ingin kan maklumat tepat dan cepat. Dan satu lagi kumpulan orang miskin, tak de duit, duit tak cukup. heh ehhe hehe. Diri aku nii kat kumpulan mana ekk? Yang pasti setakad nii bukan golongan kaya.. tapi mungkin golongan miskin atau pun papa.. hehe heheh

Hari niii.. aku nak luahkan rasa hati nii. Sebab dah tak tahan dah.. dah nak meletup dah

Penat lah kerja. Terkejar-kejar. Semua nak cepat. Semua urgent. Balik lewat malam. Lelah aku dibuatnya. Kencing pun berdiri, nak terkentut pun tak sempat. heheh hehe… Dok geram-geram layan perasaan. Tu lah aku terfikir, macam mana lah aku boleh bekerjasama dengan orang kaya? Maksud aku..yang kaya tambah kaya.. yang aku miskin nii berubah jadi sederhana.. win win lah

Aku cadang nak buat kerja part time.. tapi nak buat apa ekk?? Nak niaga pasar malam.. nak niaga apa lak? Nak buat ebook.. ada orang beli kee? Tapi apa yang aku tau cuma tanah jee. Sikit-sikit pasal rumah lelong. Sikit-sikit pasal financial. Korang rasa kalau lah aku bagi info rumah lelong ke? tanah nak jual ke? kat orang kaya nii, dia orang minat kee?. Bukan apa.. kalau boleh dapat 1-2K extra money sebulan syok gak kan. Boleh gak invest kat ASB. Harapan tuu melampau.. tinggi menggunung. heh hehe. Usaha tak tak dee pun
Tapi aku ada perasan.. baru baru nii.. Pie ada jual rumah kat Teratak Muhibbah & DTR. Orang lain jual rumah berbulan-bulan.. tapi Pie boleh jual tak sampai sehari.. sold out. Apa ilmu ko pakai Pie?.. Ko pakai pelaris apa ekk? Boleh syer ngan aku sikit.. Nak tanya malu.. cuma aku luahkan dalam blog nii jee
Alangkah bagusnya.. kalau lah aku tau rahsia Pie nii.. pasni boleh aku jadi agent hartanah lak.. Masuukkk tu bebb.. Sebijik rumah boleh dapat 1K tak? Boleh kott
Kawan-kawan kat luar sana tengah tunggu rahsia ilmu macam mana nak jadi investor ala ayam kampung nii.. Macam mana lah aku nak jawab. Sebab aku pun investor ala ayam daging.. Nahas.. nahas aku.. Mampus .. hhe hehe hehe
Renungan hari nii.. Kejap lagi aku nak carik info dalam blog pie2020.com, “rahsia pie jual rumah”
Ehh macam best jee tajuk nii. “rahsia pie jual rumah” Boleh buat ebook nii

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR