Hari ni aku happy sangat.. mana tak nya.. pukul 8 lagi.. klien dah call suruh datang ofis dia. Ada 2 site baru suruh aku ukur. Alhamdulilah.. rezeki

Lepas tuu sahabat aku tipon. Saudara Sharizal. Dia nii jurunilai berlesen. Selalu gak aku bekerjasama dengan dia. Terutama bagi klien yang terlibat dengan projek nak buat lot bungalow. Nak tentukan nilai tanah, berapa harga boleh jual sekaki. Selain tu.. bila aku nak gi auction.. aku akan rujuk kat dia gak.. nak tentukan nilai rumah yang aku nak bid. Senang kan kalu ada kawan-kawan yang kita boleh bekerjasama. Semua urusan cepat dan tepat. heh hehe

Berbalik kepada cerita kita.. macam mana nak carik duit poket ni. Jadi malam tadi aku ada explore blog Pie. Surf lah dari awal blog dia. Dari bulan December 07 sampai lah laa nii. Mana tau kalu jumpa benda-benda baru yang boleh buat duit. Jadi sambil baca.. sambil tuu aku angan-angan nak jadi kaya.. heh hehe. nak pakai motor besar… nak pakai kereta besar.. heh ehhe

Korang perasan tak, kalau kita baca iklan rumah kat NST .. kat Star ke. Selalunya mereka akan iklan simpel je ” UKAY PERDANA Sri Melor, 4th Floor, 800 sf RM81K, Hafizal 012 3193576″

Kalau iklan tanah lak.. ” AMPANG, KG MELAYU TAMBAHAN, Tapak rumah/dusun, elektrik, air, telefon, jalan tar RM165K, Hafizal 012 3193576″

Kalau iklan lelong ” Reserve Price : RM87,750.00 Assignor : Leau Koo Sien & Too Set Fong, Property Address : No. 25-16-07, Jalan 2/125,Winner Heights Condominium, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, Description : A 3 bedroom apartment Floor Area : 886 sq. ft. Tenure : Leasehold, MV from RM110k up, Rent basic from rm650, Hafizal 012 3193576

Iklan Pie lain macam sikit

harga beli = 65k ..
market price = 80k ..
mark up dari snp = harga beli tulis = rm75k…
loan = 90% dari RM75k = 67.5k ….
dapat cash = RM2.5K
monthly installment = rm370 per month..
ikat 30 thn…. interest BLR -1.7% under CIMB….
sewa = rm500…

maintenance = 50 ..
installment kat bank = 370 ..
positive cash flow = rm80…
ROI = 500%
call : Hafizal 012 3193576

Kalau lah orang kaya baca iklan nii. Korang rasa orang kaya setuju beli hartanah yang mana satu ekk?

Bukan apa.. kita kat dalam blog nii. Kebanyakan dah ada pengalaman pasal auction rumah. Peminat hartanah. Ni kelebihan kita. Sedangkan kat luar sana ramai lagi kawan-kawan kita masih lagi tak terdedah pasal hartanah. Aku percaya kalu kita boleh guna iklan yang menarik.. mungkin kita boleh jadi agent hartanah.. dapat gak komisen. Masuukkk tuu geng.

Katakan sebulan dapat 1 kes. Rasanya senang-senang komisen 1.5K boleh dapat kot.. Banyak tuu. Boleh gak invest kat ASB.. heh hehe

Mesti korang tau iklan-iklan rumah yang best best.. jom lah korang kongsikan kat sini.. syer ngan kawan-kawan semua.. Kita pilih iklan mana yang paling menarik? Pemenang akan dapat RM50.00 dari juruukur

Iklan jangan tak iklan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR