Archive for December, 2008

NASIHAT DAUD

Hari nii aku sampai ofis pukul 915 pagi. Baru jee aku nak naik ofis.. Tiba-tiba Alex tipon. Dia nak jumpa aku.. sebab nak bagi game Cashflow101 yang aku tempah. Apa lagi aku pun gerak ke Puchong Perdana. So kita orang janji jumpa kat Restoran Syed Bistro. Sampai jee tempat tuu.. aku pun order teh tarik sambil baca NST. Manalah tau dalam NST tu tiba-tiba ada info rumah lelong yang menarik. heh heh..

Pastu Alex call lagi.. suruh aku datang kat Restoran Cina Cheng Hoo.. aku pun tak ingat nama dia.. tapi ada cheng cheng lah.. aku pun jalan lah terkedek-kedek gi restoran tuu. Ayooo.. restoran tu lain macam lahhh.. semua barang makan ada jual kat sini. Aku pun rasa serba salah. Samada nak masuk atau nak blah jee. Tapi Alex dah jemput.. tarik aku masuk.. mau tak mau aku kena gak masuk. Geli beb.. sebab betul-betul lembu pendek tuu terponyok sebelah aku.. Hampeh betul

Lama gak aku borak ngan Alex.. terutama bincang pasal financial yang diajar oleh Robert Kiyosaki. Alex cadangkan kat aku, kalau kita ada duit, bagus invest beli syer Singapore. Beli macam SingTel, DBS, saham GLC lahh. Mungkin 3, 4 tahun akan datang boleh naik. Jangan lak korang ikut. Ni cuma pandangan dia jee. Pastu aku pun balik ofis

Sampai jee ofis.. En Daud pulak tipon ajak minum. Sebab katanya ada banyak benda nak bincang ngan aku. Sebenarnya En Daud nii lah salah seorang yang banyak bagi sokongan waktu awal-awal aku buat bisnes dulu. Banyak job-job ukur dari jabatan dia, dia suruh aku buat. Selain tuu.. dia nii gak lah yang banyak ajar aku teknik invest dalam property

Topik yang paling best kita orang bincang, adalah pasal teknik macam mana nak bina azam 2009. Menariknya dia suruh aku gunakan istilah bina atau membina. Sebab katanya, untuk capai satu matlamat yang besar perlu dibina dari asas yang kecik. Supaya matlamat tadi boleh direalisasi

Nasihat En Daud pada aku :

  1. Aku perlu berhenti dari apa yang tengah aku lakukan sekarang nii. Nilai semua usaha yang dah aku buat.
  2. Carik idea baru atau pelaburan baru setiap hari
  3. Pastikan setiap hari, aktiviti kita mesti untung. Tak kisah lah walaupun untung sikit. Tapi mesti untung
  4. Carik peluang yang baik setiap hari. Pastu buat pilihan setiap hari
  5. Pilih kawan yang baik, yang sedia syer pengalaman kejayaan ngan kita
  6. Belajar formula dari kawan kita tadi. Kuasai formula tuu pastu kasi apply
  7. Pastu baja usaha kita dengan bagi sedekah
  8. Mesti ada mentor supaya kalau kita ada masalah. Senang nak buat rujukan
  9. Sabar dan bertindak

Tima kasih En Daud atas nasihat.

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

JOM MAIN GAME CASHFLOW101

Pertamanya aku nak ucapkan banyak-banyak tima kasih pada fren kita.. terutama saudara jeguk, sebab bantu aku untuk beli game CF101 nii.. Alhamdulilah.. penantian aku selama ni dah pun terjawab. Tak lupa jugak untuk saudara Faris, Pie, Keown, Abg Wahab, Bos Daud, Baby dan semua pembaca blog ni khususnya yang banyak bagi sokongan, tunjuk ajar dan syer pengalaman masing-masing dalam bidang hartanah. Jasa mu sentiasa aku kenang.. Insyalah

Aku tak sangka.. walaupun selama nii kita interaksi kat internet jee.. dan kadang-kadang kita jumpa masa TT.. tapi sebenarnya hubungan kita antara rakan-rakan blog memang rapat. Apa pun kita nii cuma mampu merancang.. tapi hanya Allah yang menentukan

Melalut lah pulak.. heh hehe.. mudah-mudahan dengan adanya game CF101 nii, akan bantu group kita untuk lebih mudah paham pasal financial. Jadi jom main CF101.. jom jom

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

MACAM MANA NAK KEMBANGKAN POTENSI DIRI KITA?

Lama betul aku tak bukak blog nii.. Blog aku dah bertukar wajah.. Hurayyyy hurayyy.. Tima kasih banyak-banyak Faris. Jasa mu tetap ku kenang

Hari ni apa kata kalau kita bincang-bincang pasal potensi diri. Aku percaya kita semua tengah tercarik-carik apa potensi diri kita yang sebenar? Yang boleh kita polish supaya bersinar dan bercahaya. Sebab tu kita explore internet.. harap-harap kita boleh jumpa mentor yang sesuai, yang sedia berkongsi teknik dan kaedah untuk berjaya. Boleh gak kita duplicate teknik tadi untuk majukan diri kita pulak.. betulkan ?

Percayalah, setiap kita yang dijadikan Allah mempunyai potensi yang besar. Potensi tu cuma ada dalam diri kita, tak de pada orang lain dan macam tuu lah sebaliknya. Persoalannya macam mana nak tahu potensi diri kita nii?

Dengan cara berbincang dengan teman rapat atau dengan mentor, kita bercerita pasal hobi, minat atau apa saja yang kita rasa sesuai untuk kita kongsikan ngan mereka nii. Insyalah dari teknik bercerita nii.. kita akan nampak potensi diri kita yang sebenar.. kalau korang tak percaya.. korang boleh cuba..

So jangan malu, jangan segan.. jom ceritakan minat korang kat sini. Kita sama-sama bincang..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

TT BERSAMA PIE2020.COM

Fren.. nak maklumkan malam nii bertempat di Ramal Junction jam 9.00 malam dan ke atas, kita ada TT bersama pie2020.com. Korang semua dijemput datang..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

TIRU MACAM JEPUN..

Aku teringat masa study kat U dulu. Biasalah kalau bukan aktiviti buat assignment.. heh heh klau tak de tiru meniru nii.. bukan student lah. Semua benda nak ciplak.. bila lecturer bagi tugasan.. selalunya yang buat assignment ni seorang je.. yang lain tuu tunggu.. seorang jee jadi dredar.. yang lain penumpang.. bila kawan kita tuu siap jee.. kita pun pinjam.. pastu kasi upgrade. heh hehe.. hehe.. betul tak?

Keown.. student ko macam tu gak kan? heh heh.. bagi aku lah, budaya tiru meniru nii bagus. Tapi kena lah tiru macam Jepun.. tiru pastu kasi upgrade.. last-last letak Made In Japan..

Samalah dalam investment nii.. kita tiru meniru.. tiru teknik Pie2020.com, belajar macam mana dia buat investment.. pastu duplicate.. kasi upgrade.. bila dah berjaya, syer pengalaman ngan kawan-kawan. Jadi ilmu kita tadi tuu boleh berkembang

Kita bukan jee dapat duit, hasil untung pelaburan yang kita buat.. tapi gak dapat pahala.. Korang tak nak kee?? He hehe

Aku percaya kat luar sana.. ramai fren-fren kita nii power-power.. banyak pengalaman yang boleh kita syer. Ada yang tahu pasal eksport import, pasal banking, pasal financial dan macam-macam lah. so apa kata korang buat blog gak… Kasi tiru blog pie2020.com and the gang.. pastu kasi upgrade.. belasah jee.. tulis jee apa yang korang rasa nak tulis.. heh ehe.. boleh gak kami terdedah dengan benda baru. Ingat tu.. tiru jangan tak tiru..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

NASIHAT ABANG HAMID..

Pagi ni aku ada meeting dengan abang Hamid. Aku janji nak jumpa dia pukul 10am pagi kat Klang. Tapi apa kan daya.. aku kena jem punya lah teruk.. Jadi untuk tak menghampakan klien, aku pun call abang Hamid. Masa tu pukul 9.20am.. aku pun mohon meeting ditunda pukul 1030 pagi. Nasib baik lah abang Hamid setuju..

Sampai jee kat sana pukul 1020 pagi.. aku pun dah get ready.. sebab aku tahu.. mesti aku kena tembak punya, aku datang lewat . he heh.. Punya lah aku takut.. kecut gila babas beb.. berpeluh-peluh.. macam-macam aku ingat masa tuu.. yang paling aku takut.. abang Hamid ubah fikiran je, dia cancel job yang aku tengah buat nii. Rugi gila aku

Dengan tangan ketar-ketar, aku pun salam abang Hamid and partner dia. Siap tanya lagi kat aku.. “kenapa tangan ko sejuk sangat Zal”.. Hampeh betul.. lagi mau tanya kee.. he heh he

Selalunya aku bagi consult dulu kat klien pastu borak-borak.. tapi hari nii terbalik pulak.. aku kena consult oleh klien dulu. Ayooo.. Bukan apa.. abang Hamid nak explain kat aku pasal intergrity dan displin..

Kata-kata hikmah dari abang Hamid..

1. Intergriti nii.. apa yang kita cakap, yang kita janji.. mesti selari dengan tindakan.. misalnya kita janji jumpa klien pukul 10am, tapi kita sampai 9.55am atau 10.00am.. orang tuu betul-betul berintergriti.. tapi kalau sampai pukul lewat 10.20am.. orang tuu langsung tak dee intergriti
2. Displin pulak .. kita patuh, kita taat dengan janji yang keluar dari mulut kita sendiri

Sekarang nii baru lah aku paham maksud intergriti dan displin.. heh hehe. Apa pun aku syukur sangat.. selain aku dapat payment. Aku dapat projek baru dari Abang Hamid.. Alhamdulilah

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR