Hari nii jom kita bincang pasal aleh tanda sempadan tanah. Sebenarnya ni lah salah satu kerja juruukur. Semak tanda sempadan samada berada betul pada kedudukan sepatutnya atau pun teranjak

Kejadian aleh tanda sempadan nii banyak terjadi pada kawasan kampung. Tapi ada kes gak berlaku kat kawasan lot bungalow. Banyak sebab atau punca boleh berlakunya tanda sempadan teranjak.

Antaranya masa construction buat longkak, buat pagar. Kontraktor selalunya, akan buat binaan ikut betul-betul atas sempadan. Jadi mau tak mau tanda sempadan tadi mesti dialeh sementara oleh kontraktor dan ditandakan semula atas tanah. Sepatutnya perkara macam nii tak boleh berlaku. Kalau korang nak buat pagar.. longkang ke.. buatlah setengah kaki ke dalam kawasan tanah korang

Selain tuu.. orang-orang dulu selalu tanam pokok durian kat bucu-bucu sempadan tanah. Kononnya mudah nak ingat tanda sempadan. Kalau anak cucu tanya.. tanah atok area mana? Boleh lah bagi tau dari pokok nii.. sampai pokok durian sana. Aku setuju cara nii. Tapi kalau boleh, jangan tanam pokok yang besar-besar. Sebab takut nanti ada pergerakan tanah. Jadi tanda sempadan akan teranjak gak

Ada jugak sebab hakisan tanah. Yelah tanda sempadan kita betul-betul kat tepi tebing sungai. Kalau tak jaga betul-betul, mau tebing tu roboh. Tanda sempadan gak turut roboh. Nak jimat.. kita pun ambik tanda sempadan tadi.. pastu main pacak sendiri.

Sekarang nii.. pertanian itu adalah perniagaan. Bila PM suruh jadi usahawan tani.. Sapa yang ada tanah.. cepat-cepat terangkan tanah pakai scorpion (jentolak). Entah macam mana kontraktor tuu sodok. Tanda sempadan tanah kita pun dia orang sodok gak sekali. Bila dah tercabut.. kita pun ambik cangkul.. tanam sendiri… betul tak?

Ada kes.. jiran sebelah aleh tanda sempadan kita. Kononnya biar kawasan tanah dia besar. Jadi boleh lah dia usahakan.Jangan buat macam nii geng. heh hee. Tapi dia orang tu tak tau.. Sebenarnya semua maklumat sempadan tanah kita tuu ada kat Jabatan Ukur.

Macam mana kalau kita hadapi masalah macam nii?

Kalau kita ada bukti yang jiran kita alehkan tanda sempadan. Jadi kita boleh hantar surat pada Pejabat Tanah kat mana tanah kita berada. Maklumkan pada pejabat tanah yang jiran kita alehkan tanda sempadan. Nanti pegawai penempatan akan datang site buat lawatan. Pastu pejabat tanah akan cadangkan supaya lantik juruukur tanah berlesen untuk ukur semula sempadan. Semua kos ukur akan ditanggung oleh jiran tadi

Bagi kes yang lain lain tuu. Korang boleh lantik jurukur jee. Nanti juruukur datang site, tandakan semula sempadan yang hilang. Tak lah mahal mana pun

INGAT TANAH, INGAT JURUKUR