Pagi nii aku berkesempatan untuk call Cik Nora kita. Pertamanya aku mintak maaf banyak-banyak lambat balas email korang. Sebab email aku ada masalah. Macam mana pun semuanya dah ok dah sekarang. Alhamdulilah..

Ok.. hari ni aku nak syer sikit ngan fren semua.. apa lagi kalau tak masalah tanah. heh hehe.

Aku percaya, mungkin korang perasan iklan kat surat kabar, selalunya mereka ni iklan “tanah lot untuk dijual, harga murah, 50×80, RM45K”.. lebih kurang macam tuu lah iklan mereka nii.

Pada pandangan aku, kalau lah korang nak beli tanah macam nii.. lebih baik hati-hati. Sebab selalunya urusan tanah, macam tukar syarat belum lagi selesai. Konsep jual beli geng nii.. mereka akan kumpulkan pembeli yang minat, pastu pembeli kena bayar deposit sikit pada mereka, kalau dah dapat 70% pembeli, baru lah mereka start buat urusan tanah. Semua urusan jual beli hanya pakai agreement lawyer jee. Bayaran-bayaran lain macam premium tambahan, ukur, infra dan lain-lain akan dikongsi bersama

Aku kurang setuju cara macam nii.. sebab masalahnya antara pembeli-pembeli tu bukanlah kenal sangat antara satu sama lain. Apa akan jadi kalau salah seorang pembeli liat nak buat bayaran?Pastu dalam kumpulan nii selalunya.. tak de pun yang betul-betul paham urusan tanah. Pening-pening urusan pejabat tanah dan jabatan teknikal yang terlibat. Apa akan jadi pada pembeli kalau bilangan lot dikurangkan oleh jabatan teknikal? Apa jaminan duit pendahuluan kita selamat? Berapa lagi bayaran yang perlu kita bayar pada kumpulan nii sampai urusan tanah selesai? Sapa nak tanggung kos buat kerja infra macam longkang, jalan, paip? dan macam-macam lagi lah

Bagi aku.. sapa-sapa yang cadang nak beli lot bungalow.. pastikan lot yang kita minat tuu dah ada geran individu. Pastikan juga semua kemudahan jalan, paip air, elektrik, telefon dah ada. Dapatkan jugak pelan infra & kerja tanah yang dah lulus pada penjual. Kalau semua tuu ada.. rujuk pulak dengan juruukur.. tentukan sempadan.. kalau semua maklumat tuu lengkap dan memenuhi lot bungalow idaman kita.. barulah kita beli. Biar kita beli mahal sikit, tapi semuanya lengkap dan sempurna


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR