Apa kabar fren semua? Hari ni aku nak kongsi ngan korang, pasal cara macam mana kita boleh kongsi-kongsi beli tanah pertanian. Korang minat tak?

Kenapa tanah pertanian?
Aku cadang dah sampai masa untuk kita invest kat tanah pertanian. Sebab sekarang nii.. tanah pertanian banyak kena auction. Mungkin tahun depan lagi banyak. Jadi, apa kata kita pakat sama-sama untuk beli tanah nii. Kalau tak dapat yang besar pun.. kita ambik lah yang rezab Melayu. Dapat sekar dua dah memadai. Selain tuu.. kita boleh gak offer beli tanah orang kampung

Macam mana nak mula?
Nak invest kat tanah nii agak leceh sikit. Macam-macam info nak kena tau. Terutama kedudukan tanah, carian, zooning, keadaan topo. Disebabkan aku ada GPS dan faham sikit-sikit pasal tanah, jadi boleh lah aku bantu

Kawasan mana nak invest?
Tak kisah.. kat mana-mana pun boleh. Asalkan tanah yang kita nak beli tuu.. mesti ada jalan tar, elektrik, telefon, air, dah memadai. Kalau atas tanah tuu ada pokok getah ke, kelapa sawit kee.. lagi lah bagus. So sapa-sapa ada info pasal tanah untuk dijual kat area kampung korang. Boleh lah kita kongsi sama-sama

Siapa nak uruskan?
Kita uruskan lah sama-sama. Target kita lebih kepada keuntungan kapital. Lepas je kita beli.. ukur, kita kasi sodok, tanam tiang pagar, pastu kasi iklan. Berapa harga kita nak jual.. kita bincanglah sama-sama. Kalau kedudukan tanah tuu menarik. mungkin kita boleh convert dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman (lot bungalow), pastu jual lah

Berapa modal nak pakai?
Bab modal nii… kita kena bincang. Sebab kat luar sana.. ramai kawan-kawan kita ni yang banyak duit.. tapi tak tahu nak buat apa dengan duit yang dia ada. So apa kata kalau boleh kita bekerjasama..

So sekarang nak buat apa?
Setakad nii.. aku nak tahu apa respon korang? Ada minat? Ada masalah ke? atau ada cadangan lain?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR