Esok kita semua di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji. Jadi dalam kesempatan ini.. aku dan isteri nak ucapkan salam Aidiladha kepada mereka yang beragama Islam. Khasnya kepada pembaca blog

Tentunya ramai yang dah balik kampung. Jadi dalam seronok tuu.. hati-hati semasa memandu. Ingat orang yang tersayang


Bagi korang yang tak balik kampung. Yang beraya kat umah sendiri. Boleh lah tengok-tengokkan rumah jiran. Kita bantu membantu

Aku percaya, mungkin ada family korang, mak bapak, mungkin bos, mungkin jiran, yang pergi menunaikan Haji kali ni. Jadi kita doakan mereka agar mendapat haji yang mabror. Insyallah. Kita mohon juga supaya mereka selamat sampai ke tanah air

Bagi korang yang buat korban. Mudah-mudahan korang akan mendapat berkat dari Allah. Selain tu.. aku baru jee terima SMS dari Puan Shamsiah. Dia ni klien aku. Jadi dia bagi tau, wukuf di Mekah pada hari nii (Ahad), waktu kemuncak doa adalah antara jam 5.09 petang sampai 10.38 malam waktu Malaysia. Bagus kita ambik peluang nii untuk kita bermunajat, berdoa kepada Allah

Untuk raya haji kali ni.. aku sambut kat Melaka. So sapa-sapa yang dok Melaka.. boleh lah calling-calling. Kita gi minum. heh heh