Aku cadang nak beli game Cashflow101. Game ni diasaskan Robert T.Kiyosaki. Tujuan aku beli lebih kepada hobi. Untuk memenuhi minat yang mendalam. Selain tuu, boleh gak nanti main ngan korang

Yelah.. kita semua. Masing-masing ada hobi. Ada suka memancing, main moto, main kereta. Tapi setakad nii.. dalam kesempatan nii.. hobi aku suka main benda nii.

Istimewanya Cashflow101 nii.. selain kita main, sebenarnya kita jugak banyak belajar. Belajar macam mana nak dapatkan pasif income, belajar akaun, ketahan mental, berniaga, komunikasi, tawar menawar and macam-macam lagi lah

Walaupun sebelum ni, aku pernah main kat BicaraJutawan. Tapi kalau ada sendiri lagi lah bestkan

Bagi sesapa yang dah ada game nii.. yang nak jual murah-murah.. bagi tau lah aku ekk. Boleh aku beli.. Tapi jangan jual mahal sangat. Patut-patut lah. Ni bukan untuk aku.. Tapi lebih kepada geng-geng pembaca blog nii

Mana lah tau.. mungkin kawan-kawan korang yang ada game nii.. dia nak jual.. inform gak lah kat aku

Mungkin.. sebelum nii korang ronda-ronda.. pernah terjumpa Cashflow101 ni kat Bukit Bintang ke.. kat 1 Utama kee.. tolong bagi tau ekk. Aku nak beli dengan kadar segera

Untuk sapa yang nak gi oversea, yang dok oversea.. terutama “orang Taipei”.. Mungkin boleh dapat kat sana.. macam mana kalau aku nak beli? Boleh aku transfer duit? Aku no hal punya. Nanti ko post balik Malaysia

Sapa-sapa lak yang nak sedekah benda nii.. lagi lah aku alu-alukan.. heh hehe

Aku lebih suka beli, bayar, pastu bawak balik. Terus boleh terus main. Tapi katakan lah tak dapat gak.. Last option yang aku ada. Aku boleh beli melalui internet. Kat richdad.com

Mohon bantuan geng

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR