Masa cuti raya haji baru nii.. aku sempat lah gi pusing-pusing kat Bandar Hilir. Sebab dah lama tak ke sana. Berubah betul tempat tuu. Maaf lah orang Melaka. Aku balik tapi jarang jalan-jalan. Heh hehe.. Pastu pulak.. ramai betul sekarang ni pelancong luar.. Melaka dah semakin maju dah.. jangan main-main.. heh hehe

Aku pun park lah kereta kat Mahkota Parade. Mak aii.. aku tengok.. punya lah banyak kereta besar-besar. Kebanyaknya dari Singapore. Kaya betul dia orang nii

Bukan aku jee perasan. Anak aku pun Si Naufal perasan gak. Apa lagi.. start lah dia tanya.. “abah, napa banyak kereta besar kat sini?”, “orang nii keja apa?”, “orang ada kereta besar tuu, ada rumah besar tuu kaya kee?” Ayoo.. penat gak aku nak jawab

Kalau kita tengok, orang yang gaji banyak, rumah besar, kereta mahal, selalu pergi melancong. Bukan tuu jee.. hidup mewah, ada kredit kad platinum, pakai jam Rolex, baju Orlando, kasut Camel.. Adakah orang nii kaya? Bagi aku, tak semestinya mereka tuu betul-betul kaya. Tak pulak menggambarkan mereka nii orang bijak. Tapi mungkin sebaliknya

Abis,, siapa sebenarnya orang kaya? Macam mana ciri-ciri orang kaya? Bagi orang Islam, kaya tuu macam mana lak?

Jom.. kongsikan pandangan korang…

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR