Baru aku tau.. ada banyak cara boleh jadi jutawan. Main loteri pun boleh jadi jutawan gak. Macam klien aku sorang nii. Tapi dia bukan Islam lah.. Dia jadi mewah, sebab dulu dia ada 2 bijik mesin kuda. Hasil untung niaga tu.. dia start beli tanah. Pastu kasi bersih, tanam pokok sikit.. pastu jual balik. Dia dapat banyak untung dari aktiviti nii..

Selain tuu.. nak jadi kaya boleh gak merompak. Rompaklah apa benda pun. Asalkan merompak tu buat sekali jee. Selalunya kalau buat kali kedua, mesti kena tembak ngan polis. Hati-hatiā€¦ ramai gak yang kaya cara nii

Jual benda haram, boleh gak jadi kaya. Aku heran bin ajaib lah.. Kita ni, jual rumah, jual tanah, semua ni aktiviti halal, boleh iklan lagi, ada group, susah nak untung juta-juta. Tapi ada pihak lain, jual arak, jual VCD, jual dadah, jual ayam, judi haram.. senang-senang je jadi kaya raya kan.. hangin betul lah

Jadi lanun.. sekarang nii cerita lanun nii hebat gak orang bercerita. Tapi nak jadi lanun kena gi Somalia.. heh heh.. kat sana ramai lanun pakai bot-bot kecik nii.. gi tangkap kapal besar.. kalau silap hari bulan.. kena tembak ngan lanun lain nanya ooo..

Bagi mereka yang lom kawin.. yang kacak.. yang cantik molek.. yang menggoda, gunakan lah asset korang sepenuhnya. Optimumkan tahap maksima. Carik orang kaya.. goda mereka.. kawin dengan mereka.. Bukan kaya roti tuu ekk.. tapi mereka yang banyak duit. Yang duit berpikul-pikul. Baru kita boleh tumpang sekaki

Sapa anak dato, anak tan sri, anak ahli politik, anak ahli perniagaan.. semestinya korang dah pun jadi jutawan. Sebab korang leh dapat modal dari family. Setiap anak ada bahagian masing-masing. Dapat tanah sini, dapat rumah sana, dapat saham, dapat business and macam-macam lagi. Tapi cabaran paling susah bagi korang, selalunya family akan pantau. Mak bapak mau kita lebih kaya dari mereka.. susah tuu beb..

Bagi korang ada bakat berpidato, korang jugak boleh joint politik.. ramai kawan aku dah mewah sebab joint politik. Aku tak tau, aku tak paham.. apa hubungan duit dengan politik.. tapi yang pasti, ramai orang joint politik.. jadi jutawan

Tapi bagi yang muslim.. tak boleh ikut cara haram eeekk nak jadi kaya.. halal tau.. Ni cuma renungan jee..

Jom kongsikan.. apa lagi idea gila.. yang kita boleh jadi jutawan?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR