Aku selalu jumpa orang kaya..ramai tuu.. terutama yang banyak tanah.. kejap beli tanah.. kejap tukar syarat tanah, kejap pecah sempadan nak buat lot bungalow. Tanah-tanah tuu bukan lah harga murah.. Heran lah macam mana mereka ni dapat duit banyak?

Selalu gak aku tanya kat kumpulan kaya nii.. Soalan aku biasalah… “Apa rahsia tuan, yang tuan boleh kongsikan ngan saya, teknik tuan boleh berjaya tahap ni” Setakad nii, aku belum jumpa lagi. Mereka nii boleh cerita, boleh kongsi pengalaman ngan aku.. teknik atau cara mereka boleh jadi orang mewah. Belum ada lagi..

Jom kita imbas sikit.. Pasal sejarah nabi. Abdul Rahman bin Auf. Menurut sejarah.. beliau seorang yang kaya, yang dermawan. Hinggakan banyak aktiviti perkembangan Islam dibiayai oleh kumpulan ni. Tapi kita hari nii.. tak dapat belajar teknik, cara, atau langkah usahawan unggul Islam. Mungkin jugak ada.. tapi mungkin aku yang tak tau kot.. Kalau korang tau.. boleh kongsi ngan aku ekk? he hehe.. Tapi alangkah bagusnya.. kalulah teknik usahawan Islam kita nii dibukukan.. kita boleh baca sekarang.. pastu kita boleh ikut cara mereka.. kan molek

Sekarang nii.. kat luar sana.. ramai yang buat kursus teknik belajar, teknik mengaji, teknik menghafal, teknik arithmetic yang pakai jari tangan tu.. macam-macam ada. Tapi tak dee pun ajar teknik nak jadi kaya kan. Maksud aku, kalau kita ikut teknik mereka tuu.. pasti kita jadi kaya.. ada kee?? Aku tak tau lak..

Aku percaya, kita semua ada potensi untuk kaya. Aku tak nak jadi jutawan pun. Aku tak nak pakai kereta, rumah besar pun. Tapi cukup lah pasif income aku lebih banyak dari perbelanjaan.. dah cukup bagus dahh..

Apa komen korang?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR