Archive for December 15th, 2008

MACAM MANA NAK SAMBUNG TEMPOH PAJAKAN TANAH?

Tanah nii ada macam-macam. Kalau korang perasan.. sekarang nii kat Perak.. bila kerajaan baru ambik alih.. mana-mana tanah yang dulunya pajakan 99, pajakan 60 tahun.. MB Perak ada kuasa.. untuk bagi kelulusan kepada pemohon untuk lanjut tempoh kepada 999 tahun. Korang perasan tak?

Jadi sapa-sapa dok kat Perak.. boleh lah mohon.. ni peluang baik nii.
Tapi apa pun hari nii.. aku nak syer ngan korang pasal pegangan tanah.. Sebenarnya tanah nii ada yang :

1. freehold selama-lamanya
2. freehold pajakan 99 tahun @ 60 tahun
3. rezab melayu selama-lamanya
4. rezab melayu pajakan 99 tahun @ 60tahun

Aku listkan macam nii.. supaya kita semua boleh nampak, kenapa ada 99 tahun, kenapa pulak ada selama-lamanya.. Bagi kaum Cina misalnya.. kalau mereka nii nak beli rumah, tanah, kedai…. Nii lah soalan nombor 1 mereka akan tanya. Tentulah mereka nak beli yang freehold selama-lamanya. Selalunya tanah freehold selama-lamanya agak mahal sikit. Tapi berbaloi beli.. Tanah nii ni boleh jual beli dengan bangsa asing.. tanpa ade sekatan.. market lebih besar jadi lebih mudah nak jual. Berbanding rezab Melayu selama-lamanya pulak.. Cuma untuk orang Melayu jee boleh jual beli.. Bangsa asing tak leh

Selalunya, kita mohon lanjut tempah pajakan nii.. bila kita nak jual hartanah tuu.. sebab klien yang paham. Dia orang akan tengok baki pajakan nii. Pastu bila nak buat rumah bungalow, nak tambah rumah, nak pindah milik dari nama mak bapak kepada anak, nak upgrade tanah tu dari kategori pertanian kepada bungalow dan lain-lain lah..

Tapi kita nak bincang, bagi kes tanah yang pajakan 60 tahun, 99 tahun, yang dah nak tamat tempoh, kita nak buat macam mana?

Kita boleh mohon lanjut tempoh. Mula-mula bawak salinan geran gi pejabat tanah. Buat carian resmi.. Pastu semak status tanah, terutama semak bila tamat tempoh pajakan hartanah kita tuu. Buat permohonan lanjut tempoh. Isi borang 12A dan jadual 1, ni bagi kes Selangor.. mungkin negeri lain.. isi borang lain kot.. sertakan semua dokumen yang pejabat tanah nak. Pastu pejabat tanah pun proses

Selalunya boleh lulus dalam tempoh 3 bulan. Ingat.. korang kena follow up ngan pejabat tanah nii.. pastu nanti korang kena bayaran premium tambahan.. berapa kena tuu, bergantung kepada nilaian oleh pejabat tanah. Dalam surat kelulusan pejabat tanah tuu nanti ada nyatakan. Bila dah buat semua bayaran.. geran original kita tuu kena serahkan balik pada pejabat tanah untuk daftarkan tempoh pajakan yang baru..

Emmm.. biasanya dalam tempoh 6 bulan boleh selesai semua.. dari mula sampai lah siap daftar tempoh pajakan baru..

Proses nii samalah lah bagi tanah rezab Melayu pajakan 99 tahun. Cuma nanti bayaran premium tuu murah sikit.. sebab rezab melayu

Bagi korang yang main lelong, rumah kondo and apartment.. benda nii tak kisah sangat. Nanti management corp akan uruskan mohon lanjut tempoh. Yang penting korang dapat +cashflow sudah lah.. heh hehe

Benda nii penting untuk sapa yang dah start main tanah.. sebelum beli tanah, semak tempoh pajakan nii dulu tau.. bagus beli tanah yang freehold selama-lamanya atau rezab melayu selama-lamanya.. sebab nak buat lanjut tempoh nii membazir duit jee..

Jom kongsikan masalah tanah korang kat sini

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

MACAM MANA NAK BUAT KALAU GERAN TANAH HILANG?

Jom kita bincang-bincang pasal geran tanah hilang. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa geran tanah hilang. Yang biasanya tersalah letak lah.

Ni antara kes-kes yang pernah aku jumpa

1. Selalunya letak kat dalam fail nii, tapi bila aku carik, tak jumpa..
2. Pastu ada kes, dulu geran tanah nii ayah aku simpan. Tapi lepas ayah meninggal. Bila kami carik tak jumpa
3. Kami beli tanah nii kongsi-kongsi. Ketua kami yang simpan. Tapi bila aku nak pakai geran tuu.. Dia kata geran tuu hilang dalam simpanan lah
4. Aku bagi geran tuu kat Ah Long.. nak pinjam duit.. sekarang nii boleh tak aku dapat geran baru kat pejabat tanah. Bagi tau lah, aku hilang dalam simpanan
5. Geran tanah nii lawyer pegang.. tapi dia hilang kan pulak..

Bagi sapa-sapa yang hilang geran tanah. Apa yang perlu kita buat?

Dapatkan balik resit cukai tanah. Sebab dalam resit tu ada maklumat no lot, nombor geran, mukim, daerah, nama pemilik, alamat terkini. Selain tuu, kalau ada resit cukai tanah nii.. mudahkan proses nak buat carian resmi nanti. Kalau tak dee gak.. Korang boleh pergi pejabat tanah kat mana tanah tuu berada. Kita boleh dapatkan kat sana. Resit cukai tanah. Sambil tuu.. korang boleh tanya.. ngan pegawai pejabat tanah pasal macam mana proses nak buat geran baru

Pastu.. kita buat carian resmi.. carian resmi nii menerangkan perihal tanah tuu lebih lengkap. Kalau kat Selangor cuma kena bayar RM50.00 je.. tak mahal pun. Bila semua tuu dah ada

Buat pulak laporan polis.. bagi tau lah macam mana kehilangan tuu boleh berlaku.. masukkan jugak maklumat tanah kita, no lot, no geran, mukim, daerah. Tak salah aku kena bayar RM2.00

Pastu datang balik pejabat tanah kat bahagian pendaftaran hakmilik. Mintak lah kat dia orang borang geran hilang. Isi baik-baik. Sertakan semua dokumen yang mereka perlukan.. antaranya salinan laporan polis, salinan cukai tanah terkini, salinan geran (jika ada), carian resmi, surat mati (jika perlu) dan lain-lain lagi lah.. Bergantung apa lagi yang dia orang nak. Jangan lupa.. kena bayar gak sikit kat pejabat tanah.. tak salah aku RM100. Pastu nanti pejabat tanah bagi nombor fail rujukan..

Bagus setiap 2 minggu korang follow up ngan pejabat tanah. Bukan apa.. tanya status permohonna korang jee. Mana lah tau mereka tak proses permohonan tuu. Korang boleh call jee pejabat tanah. Tapi lagi bagus korang datang sendiri

Insyallah.. dalam tempoh 3 bulan, korang boleh dapat geran baru.. senang je kan.. tak lah pening sangat.. aku cerita nii bagi kes yang geran korang hilang dalam simpanan

Bagi kes geran arwah ayah hilang, geran hilang dalam simpanan ketua, geran bagi ah long… geran hilang dalam simpanan lawyer.. kita kena buat proses yang sama gak.. cuma nanti ada maklumat tambahan yang kena kita sertakan pada pejabat tanah

Apa-apa pun.. nak lebih senang.. sebelum korang bertindak.. bagus korang rujuk dulu kat pejabat tanah kat mana tanah korang tuu berada..

Jangan malu.. jangan segan.. jom lah kongsikan masalah tanah korang kat sini…

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR