Archive for December 17th, 2008

MACAM MANA NAK MOHON PECAH SEMPADAN TANAH PERTANIAN?

Sekarang nii.. geng-geng kita ramai yang kaya-kaya lah.. terutama geng oil and gas.. heh ehehe.. geng duit banyak tuu..

Ok lah.. selain korang invest beli rumah lelong.. kita boleh gak beli tanah.. tapi invest kat tanah nii lebih pada keuntungan capital lah.. kena ada modal besar Sebab loan tanah pertanian nii cuma boleh dapat 60% jee kan?.. tak salah aku lah..

Mungkin korang boleh start dengan yang kecik-kecik dulu.. beli tanah 2 ekar. Pastu buat urusan pindahmilik.. urusan nii senang je.. kita buat sendiri kalau kita bayar cash.. jimat sikit.. atau kita lantik lawyer bagi mereka yang buat loan ngan bank

Bila nama kita dah tertera dalam geran.. apa yang boleh kita buat dengan tanah tadi?.. ianya banyak bergantung pada lokasi. Kalau lah tanah tuu dekat ngan jalan besar.. ada elektrik, air, jalan tar.. trafik banyak.. mungkin boleh sewakan tanah tuu buat tempat besi buruk kee.. buat car wash ker, tempat store gas kee, restoran kee.. nak buat pertanian boleh gak.. terpulang lah kat korang nak buat apa.. heh hehe

Selain tuu.. korang boleh pecahkan sempadan tanah tuu.. dari lot asal 2 ekar. Pecahkan kepada 2 plot, setiap plot luas sekar.. dua-dua plot masih nama korang.. kategori tanah tuu masih lagi pertanian..

Untuk mohon pecah sempadan nii kena lantik juruukur. Nanti juruukur siapkan pelan dan semua dokumen yang perlu untuk hantar kepada pejabat tanah. Dalam tempoh 6-9 bulan boleh siap sampai dapat 2 geran.. Untuk makluman korang.. pecah sempadan jenis nii tak yah bayar premium tambahan pun.. Cuma bayar ukur jee.. tak mahal.. jangan takut

Dalam tempoh menunggu kelulusan dari pejabat tanah tadi.. korang boleh buat lanskap cantik-cantik.. tanam pokok.. buat pagar.. buat pondok… pastu bila dapat jee geran, dah boleh jual.. Terpulanglah kat korang.. samada nak jual 1 plot dulu.. 1 plot lagi simpan.. atau jual semua..

Korang rasa untung tak cara nii?

Jom.. kongsikan masalah tanah korang kat sini

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Jangan lah susah hati.. bagi mereka yang dah terbeli lot bungalow separa siap nii…. aku paham, mungkin korang beli masa tu sebab lokasi best, pastu harga murah kan.. biasalah tuu.. kalau aku dapat peluang macam nii.. aku pun ambik gak.. heheh ehhe

Tapi masalah sekarang ni.. apa yang korang hadapi ..

1. mungkin dah 4 tahun korang beli tapi sampai sekarang ni geran tak dapat lagi..
2. pastu korang tak tau pulak status permohonan sekarang ni kat mana
3. nak rujuk kat sapa?

Apa yang boleh aku bantu, ni cuma cadangan aku jee laa.. korang dapatkan status terkini dari ketua yang menguruskan tanah korang tuu.. kalau mereka tu kata.. permohonan korang dah hantar pejabat tanah, majlis perbandaran.. korang dapatkan surat pengesahan dari ketua tuu.. sebab dalam surat tuu ada nombor rujukan fail pejabat berkaitan.. dari nombor fail tuu nanti kita boleh semak apa status permohonan kita.

Pastu aku akan explain kat korang flow macam mana proses permohonan nak buat lot bungalow nii.. consultation.. free of cajjj.. Yang penting, bila korang dah tau macam mana flow permohonan tukar syarat tanah dan pecah sempadan nii. Dari awal sampai akhir. Nanti korang dah boleh jadi developer.. Mana tau.. lepas nii korang boleh jadi land developer lak.. jual lot bungalow.. heh hehhe. Macam MK Land, talam.. heh hehe… Ada berani kee ?

Korang ada masalah tanah?.. jom bincang kat sini

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR