Aku baru je dapat email dari kawan kita, pembaca blog nii..

“Abang Fizal.. emak saya ada tanah kat Perak.. luas tanah tu 2.5 ekar. Atas tanah ada sebuah rumah, separuh batu, separuh papan. Yang lain tu pokok buah-buahan. Emak saya cadang nak pindah milik kepada nama saya.. So nak buat apa dengan tanah nii? Untuk makluman bang Fizal.. saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan”

Pertamanya aku mintak maaflah.. sebab aku dedahkan apa yang ko email kat aku.. open dalam blog nii. Aku buat macam nii sebab aku rasa kat luar sana sebenarnya.. ramai gak kawan-kawan kita, yang hadapi masalah serupa macam nii. Jadi boleh gak kita syer info sama-sama

Aku nak mintak tolong sifu-sifu sekelian.. untuk kita berdiskusi masalah nii

Mungkin nii lah persoalan yang bermain dalam fikiran kawan kita sekarang nii

1. Macam mana nak tukarkan tanah tadi dari bentuk tanah kepada cash?
2. Nak rujuk bank mana?
3. Apa dokumen yang bank nak?
4. Berapa cash yang bank boleh bagi?
5. Dapat duit tu nanti nak simpan kat mana?
6. Bagus tak buat OD?
7. Macam mana nak bayar installment bank tadi?
8. Duit cash tuu nak invest kat mana?
9. Bab invest menginvest nii.. nak rujuk mana?
10. Siapa yang boleh saya rujuk pasal invest invest ni?

Jom.. bincang-bincang…

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR