Tadi aku berkesempatan berjumpa dengan Dato Razali.. client aku.. lama gak aku borak ngan dia. Biasalah mula-mula bincang pasal ukur.. aku bagi consult.. tapi pastu bincang pasal teknik nak kaya lak.. dato lak bagi tuition kat aku.. heh hehe.. best lah borak ngan mereka yang dah berjaya nii.. nampak mudah jee teknik mereka

Bagi kes Dato Razali nii.. aku boleh kelas kan kejayaan dia lebih kepada luck.. atau tuah.. yelah dulu, 20 tahun lepas.. kebetulan dia invest kat area Sepang, Dengkil. Bangi.. Tiba-tiba masa zaman Dr Mahathir area tuu membangun.. ada Putrajaya, Cyberjaya.. jadi tanah dia terlibat dengan pengambilan oleh kerajaan.. jadi dia dapatlah pampasan juta-juta. Bila dah ada modal banyak.. baru lah dia invest buat lot-lot bungalow.. pastu jual

Apa pun tahniah lah dato.. sebab kalau dato tak invest dulu.. sekadar tengok jee.. jadi pemerhati jee.. dah tentu dato tak dapat rasa nikmat kejayaan tuu sekarang nii.

Nasihat dato kat aku

1. Semua orang yang lahir kat dunia nii kaya. Sebab ada tangan, kaki, mulut, telinga, kalau tak cacat tu kira kayalah. Cuma samada kita datang dari keluarga mewah, sederhana atau miskin
2. Saya selesa sebab saya invest dalam hartanah.. dan bukan sebab bisnes elektrik yang saya buat
3. Saya buat bisnes sebab senang nak buat loan kat bank. Dapat je loan saya akan beli tanah atau hartanah lain
4. Sabar untuk mewah. Saya jamin kalau kita invest dalam hartanah.. pasti kita akan berjaya
5. Gunakan seoptimum mungkin kemudahan bank untuk bantu kita jadi mewah
6. Saya jugak pakai cara yang sama, labur duit dalam ASB, pastu tukar dalam bentuk sijil, buat OD, baru invest dalam hartanah