Lama betul aku tak bukak blog nii.. Blog aku dah bertukar wajah.. Hurayyyy hurayyy.. Tima kasih banyak-banyak Faris. Jasa mu tetap ku kenang

Hari ni apa kata kalau kita bincang-bincang pasal potensi diri. Aku percaya kita semua tengah tercarik-carik apa potensi diri kita yang sebenar? Yang boleh kita polish supaya bersinar dan bercahaya. Sebab tu kita explore internet.. harap-harap kita boleh jumpa mentor yang sesuai, yang sedia berkongsi teknik dan kaedah untuk berjaya. Boleh gak kita duplicate teknik tadi untuk majukan diri kita pulak.. betulkan ?

Percayalah, setiap kita yang dijadikan Allah mempunyai potensi yang besar. Potensi tu cuma ada dalam diri kita, tak de pada orang lain dan macam tuu lah sebaliknya. Persoalannya macam mana nak tahu potensi diri kita nii?

Dengan cara berbincang dengan teman rapat atau dengan mentor, kita bercerita pasal hobi, minat atau apa saja yang kita rasa sesuai untuk kita kongsikan ngan mereka nii. Insyalah dari teknik bercerita nii.. kita akan nampak potensi diri kita yang sebenar.. kalau korang tak percaya.. korang boleh cuba..

So jangan malu, jangan segan.. jom ceritakan minat korang kat sini. Kita sama-sama bincang..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR