Hari nii aku sampai ofis pukul 915 pagi. Baru jee aku nak naik ofis.. Tiba-tiba Alex tipon. Dia nak jumpa aku.. sebab nak bagi game Cashflow101 yang aku tempah. Apa lagi aku pun gerak ke Puchong Perdana. So kita orang janji jumpa kat Restoran Syed Bistro. Sampai jee tempat tuu.. aku pun order teh tarik sambil baca NST. Manalah tau dalam NST tu tiba-tiba ada info rumah lelong yang menarik. heh heh..

Pastu Alex call lagi.. suruh aku datang kat Restoran Cina Cheng Hoo.. aku pun tak ingat nama dia.. tapi ada cheng cheng lah.. aku pun jalan lah terkedek-kedek gi restoran tuu. Ayooo.. restoran tu lain macam lahhh.. semua barang makan ada jual kat sini. Aku pun rasa serba salah. Samada nak masuk atau nak blah jee. Tapi Alex dah jemput.. tarik aku masuk.. mau tak mau aku kena gak masuk. Geli beb.. sebab betul-betul lembu pendek tuu terponyok sebelah aku.. Hampeh betul

Lama gak aku borak ngan Alex.. terutama bincang pasal financial yang diajar oleh Robert Kiyosaki. Alex cadangkan kat aku, kalau kita ada duit, bagus invest beli syer Singapore. Beli macam SingTel, DBS, saham GLC lahh. Mungkin 3, 4 tahun akan datang boleh naik. Jangan lak korang ikut. Ni cuma pandangan dia jee. Pastu aku pun balik ofis

Sampai jee ofis.. En Daud pulak tipon ajak minum. Sebab katanya ada banyak benda nak bincang ngan aku. Sebenarnya En Daud nii lah salah seorang yang banyak bagi sokongan waktu awal-awal aku buat bisnes dulu. Banyak job-job ukur dari jabatan dia, dia suruh aku buat. Selain tuu.. dia nii gak lah yang banyak ajar aku teknik invest dalam property

Topik yang paling best kita orang bincang, adalah pasal teknik macam mana nak bina azam 2009. Menariknya dia suruh aku gunakan istilah bina atau membina. Sebab katanya, untuk capai satu matlamat yang besar perlu dibina dari asas yang kecik. Supaya matlamat tadi boleh direalisasi

Nasihat En Daud pada aku :

  1. Aku perlu berhenti dari apa yang tengah aku lakukan sekarang nii. Nilai semua usaha yang dah aku buat.
  2. Carik idea baru atau pelaburan baru setiap hari
  3. Pastikan setiap hari, aktiviti kita mesti untung. Tak kisah lah walaupun untung sikit. Tapi mesti untung
  4. Carik peluang yang baik setiap hari. Pastu buat pilihan setiap hari
  5. Pilih kawan yang baik, yang sedia syer pengalaman kejayaan ngan kita
  6. Belajar formula dari kawan kita tadi. Kuasai formula tuu pastu kasi apply
  7. Pastu baja usaha kita dengan bagi sedekah
  8. Mesti ada mentor supaya kalau kita ada masalah. Senang nak buat rujukan
  9. Sabar dan bertindak

Tima kasih En Daud atas nasihat.

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR