Apa tugas juruukur?

Kerja juruukur ni.. macam yang korang selalu tengok kat tepi-tepi jalan tu.. dok bawah matahari, pakai comot-comot, ukur tepi parit, tepi sungai, teropong sini, teropong sana, tu lah kerja juruukur. HODOH kan kerja juruukur nii. Ha hah ahha..

Katakan tanah korang, atau mungkin kawan, family, syarikat korang, ada beli tanah, tapi tanda sempadan tanah tu hilang. Untuk carik batu sempadan dan tandakan semula on the ground, kat site, tu kerja kami

Katakan pulak, lokasi tanah tadi cantik, berada kat jalan besar, boleh dibangunkan untuk buat lot bungalow, jadi peranan jurukur kat sini, kami membantu korang untuk buat kerja ukur butiran, pastu buat permohonan kat pejabat tanah, follow up pejabatt tanah, uruskan hal-hal tanah, sampai lah tanah korang tadi, boleh dapat geran individu

Pastu.. katakan korang ada tanah 1 geran, tapi dalam geran tuu ada 3 nama. Korang nak pecahkan geran supaya masing-masing boleh dapat geran individu. Ni gak tugas juruukur.. Bantu korang untuk uruskan dari penyediaan pelan, buat submission kat pejabat tanah, ukur kat site, tanam tanda sempadan, sampailah korang dapat geran individu

Let say, korang beli 2 lot bungalow bersebelahan, atau tanah pertanian bersebelahan, pastu korang nak cantumkan lot tu, supaya korang simpan 1 geran jee.. untuk proses permohonan cantuman ni gak tugas juruukur

Apa lagi ekk.. katakan lak.. korang beli tanah pertanian 5 ekar, pastu korang cadang nak pecahkan tanah tuu kepada 5 plot, setiap plot 1 ekar, kategori tanah pertanian, nak jual sekar-sekar, ni gak kerja juruukur

Korang yang rapat dengan ahli politik, atau orang kampung, bercadang nak mohon tanah kerajaan, atau nak mohon tanah TOL, kerja-kerja buat plan tu.. kerja sapa lagi.. kalau tak kerja juruukur. hah haha

Kalau tanah korang.. nak upgrade.. nak tukarkan syarat dari pertanian kepada kedai (komersial), atau industri.. lantiklah juruukur.. aku sedia membantu

Selain tuu.. kalau lah kita nak lebarkan jalan, nak besarkan sungai, nak buat pengambilan tanah, untuk ambil maklumat sungai, jalan, bangunan kat site.. tu tugas juruukur gak tuu

Pendek kata.. sebut jee tanah, ingat jee tanah.. ingat lah juruukur.. haha haha

Siapa klien juruukur?

Klien jurukur nii terdiri daripada orang individu, bagi kes orang perseorangan ni, aku banyak uruskan kes pecah geran, supaya boleh dapat geran individu, nak mohon tanah kerajaan, nak buat lot bungalow, nak carik batu sempadan hilang, selesaikan pertikaian sempadan, cantuman lot, selesaikan masalah laluan keluar masuk dan lain-lain lah

Bagi syarikat pulak, kebanyakkan mereka nii, terlibat dengan projek perumahan. Jadi kami nii, jadi perunding untuk uruskan tanah land developer tu lah. Sampai lah projek perumahan tadi dapat geran asing-asing. Ada jugak klien kami terlibat dengan kerja-kerja buat hiway, sungai, buat bangunan. Mereka lantik kami untuk buat kerja ukur, ambik semua data on the groud.. macam kedudukan longkang, kedudukan bangunan, tiang elektrik dan lain-lain.. pastu kami buat plan, supply maklumat tadi pada syarikat terbabit

Job kerajaan nii.. samalah gak macam syarikat. Jabatan yang ada job ukur macam .. JPS, JKR, Majlis Perbandaran, Jab PERTANIAN, JAB HAIWAN, JABATAN PEMBANGUNAN, UNIVERSITI, PENJARA dan lain-lain lagi

Macam mana juruukur dapat kerja?

Kebanyakkan nya.. kami nii dapat job dari rokmen kawan-kawan. Klien yang pernah berurusan ngan kami.. mereka berpuas hati.. pastu mereka sampai menyampai, dengan kawan-kawan lain. Dari situ kami dapat klien. Selain tuu, kami buat marketing.. hantar profile company, kepada jabatan kerajaan atau syarikat.. pastu kami follow up.. jadi ambik masa gak, untuk dapat klien ni. Banyak gak cabaran, yang juruukur kena tempoh

Matlamat juruukur?

Aku sebenarnya.. berusaha sangat, minat sangat nak kembangkan service ukur tanah nii. Tapi kekangan aku.. cabaran aku.. aku tak kenal ramai kawan.. tak ramai kenal, bos-bos besar nii.. jadi.. ada tak sapa-sapa kawan korang.. yang korang rasa.. bagus untuk aku jumpa?

Sebab prinsip aku buat bisnes.. aku bukan nak kaya-kaya.. nak mewah-mewah. Tu bukan matlamat aku… sebaliknya aku lebih suka, kalau korang rekman, aku uruskan kerja tuu sampai siap.. dari A to Z, aku buat kerja baik-baik. Bagi klien happy.. pastu bila dapat payment, ada untung sikit, kita syer sama-sama. Semua orang rasa. Ni matlamat aku.. ni impian aku

Ok… lah .. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR