Archive for January 14th, 2009

MACAM MANA NAK BUAT LOT BUNGALOW CARA KAMPUNG?

Hari nii… aku ada banyak meeting pasal projek bungalow.. ada kat Bangi.. Hulu Langat, Ampang.. kira hari nii, aku round the world lah.. pusing keliling.. ha hah hah

Apa yang aku nak syer hari nii.. pasal cadangan seorang tuan tanah nii.. tanah dia kat Hulu Langat.. dia cadang nak buat lot bungalow ala kampung…

Kenapa dia tak nak ikut cara biasa?
Kalau kita ikut cara biasa.. nak buat pecah-pecah lot.. untuk tujuan lot bungalow.. sekurang-kurangnya kita perlu lantik 3 consultant.. antaranya juruukur, jururancang bandar dan engineer. Team nii perlu bekerjasama.. sampai lah projek lot bungalow nii siap.

Bila dah ramai consultant.. kos untuk consultant jee pun.. boleh cecah berpuluh ribu. Tu tak termasuk bayaran premum tambahan.. cukai baru.. caruman parit.. caruman kubur.. dan lain-lain lagi

Pastu pulak.. jabatan teknikal yang terlibat untuk kelulusan permohonan ni.. lebih dari 8 jabatan.. kalau upah follow up 1 jabatan RM1000.. kalau dah 8 jabatan.. senang-senang jee RM8000 burn macam tuu jee. Rugikan..

Tempoh kelulusan pulak ambik masa antara 1½ tahun hingga 2 tahun.. lama tuu.. .. mana ada untung.. tak yah kita baincang pasal birokrasi.. lagi panjang cerita..

Apa alternative yang ada?
Jadi.. tuan tanah nii.. nak aku convert kan jee tanah tuu dulu.. dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman.. maksudnya dia nak aku convertkan kesemua sekali tanah dia.. jadi lot bungalow

Buat macam nii.. consultant yang terlibat cuma jururancang bandar dengan juruukur jee.. upah consultant buat macam nii tak mahal pun..

Jabatan teknikal yang terlibat cuma 3 jabatan jee.. tak lah susah sangat nak kejar.. tak yah nak upah orang buat follow up..

Tempoh kelulusan antara 3 bulan hingga 6 bulan jee.. pastu kena bayar premium tambahan.. cukai baru.. cukai parit.. semua tu tak mahal pun

Tanah rezab Melayu.. kalu kat Selangor.. bayaran premium tambahan cuma 2% jee.. dari harga pasaran semasa tanah tuu.. murah banget kan..

Pastu bila tanah tadi dah siap tukar syarat.. geran baru dah didaftarkan.. tuan tanah tadi boleh buat pindah milik.. pada anak-anak dia ke.. nak jual pun boleh gak.. terpulang lah.. berapa orang dia nak sumbat dalam tanah tuu…. selalunya tanah 2 ekar nii.. tuan tanah akan masukkan antara 10-12 nama jee..

Pastu bila proses pindah milik nii dah siap.. bila semua nama dah masuk dalam geran..

Proses berikutnya.. juruukur akan buat permohonan pecah bahagian tanah. Proses ni mudah jee.. selalunya 3 bulan boleh siap.. Nanti.. akhirnya setiap tuan tanah boleh dapat geran masing-masing..

Jadi.. jom lah buat bungalow lot.. apa tunggu lagi… hah haha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

TANAH TOL LAGI?

Sejak kebelakangan nii.. agak ramai gak yang bertanyakan pasal tanah TOL, ada yang email, ada gak call aku.. jadi aku rasa, bagus kalau boleh, kita syer ngan kawan-kawan semua ekk.

1. Macammana nak semak status tanah?
Kita boleh semak status tanah yang kita nak mohon, kat pejabat tanah.. bahagian pelan…. apa yang penting.. semak tanah tu samada tanah rezab kee.. tanah kerajaan kee atau lain-lain. cuma tanah kerajaan and tanah rezab jee.. kita boleh mohon tol..

2. Bagaimana prosedur permohonan tanah TOL?
Kalau tanah tuu.. dah sah, tanah kerajaan atau tanah rezab.. apa perlu kita buat?.. kita lantik juruukur.. buat ukur butiran.. ambik maklumat jalan, longkang, topografi tapak dan lain-lain. pastu juruukur akan buat pelan.. pelan tuu nanti berserta borang permohonan.. juruukur akan bagi pada pemohon untuk ditandatangan.. pastu juruukur buat submisssionn pada pej tanah. Aku cadangkan.. bagus kalau boleh, pemohon sendiri buat follow up setiap 2 minggu, ngan pejabat tanah.. mohon percepatkan permohonan korang

3. Brapa sewa kene bayar utuk pajak tanah tersebut?
Sewa nii.. bergantung kepada pejabat tanah.. mereka akan nilai.. tapi pengalaman aku sebelum nii.. area hulu langat.. tanah tol, pertanian 3 ekar.. 150.00 jee setahun

4. Brapa lama pajakan blh dibuat?
Tol akan expired setiap hujung tahun.. pastu kita kena renew balik.. kena bayar RM150 balik.. lepas 3 tahun.. kita kena mohon balik semula.. ikut prosidur no.2

5. Bolehkah tanah TOL di buat bangunan atasnya?
Bergantung kepada syarat tanah yang kita dapat.. kalau tanah pertanian.. kita boleh buat pondok jee.. mcm stor tempat letak baja, cangkul dll. kalau syarat bangunan.. boleh buat bangunan.. tapi kena dapat persetujuan pejabat tanah

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576