Sekarang nii.. bahang zaman kemelesetan ekonomi semakin terasa. Lepas Tahun Baru China nii.. akan ramai pekerja kilang akan diberhentikan kerja. Banyak syarikat akan kecikkan operasi mereka. Dianggarkan lebih 45,000 orang pekerja akan kehilangan kerja secara berperingkat-peringkat.

Tapi sebelum ni.. kononnya mereka nii adalah tulang belakang syarikat. Berkhidmat bermati-matian untuk syarikat. Tapi bila ekonomi merundum.. kenapa mereka nii dibuang kerja? Kesian-kesian..

Kumpulan nii.. puratanya dah ada family.. ada isteri.. ada anak-anak, ada rumah, kereta dan banyak komitmen lain. Adakah jasa mereka tak ambik peduli oleh syarikat?

Aku teringat pada awal tahun 1997.. masa tuu ekonomi Malaysia tengah boom.. ada banyak projek mega macam Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Menara Petronas dan lain-lain. Waktu tuu.. budak fresh ambik civil engineer.. senang-senang dapat gaji RM5k sebulan. Aku terasa gak nikmat tuu sekejap..

Kontraktor banyak job.. ramai yang tukar kreta. Harga hartanah masa tuu memang hebat.. tapi tak sampai 6 bulan.. bila mata wang kita diserang.. kononya oleh Jose Soros.. semua usaha kita, hancur lebur. Bos suruh aku buat pilihan.. samada aku berhenti.. atau aku sedia terima gaji RM1200 sebulan.. sedih sedih.. bayangkan dari RM5000 jadi RM1200.. ijazah tak dee nilai beb.. rasa diri nii dah macam Bangla lah pulak

Ni mungkin kali kedua.. aku terasa kejatuhan ekonomi.. mungkin kali nii lebih dahsyat dari 1997 kot.. tapi yang pasti.. Tun Mahathir dah bagi ingatan.. kemelesetan ekonomi 2009 nii lebih teruk. Jadi kita berhati-hati lah

Bagi mereka yang kerja gomen @ kerajaan.. mungkin korang tak terasa sangat kot. Hujung bulan korang boleh dapat gaji. Sapa yang kerja GLC macam TM, TNB, PKNS, anak syarikat kerajaan negeri memang selamat lah. sekurang-kurangnya korang dah buat pilihan tepat.. korang dah pilih jawatan selamat..

Tu lah.. Kenapa korang gatal-gatal nak kerja private.. konon kerja private lebih mencabar..? gaji banyak..? banyak benda belajar..? tapi bila gawat macam nii.. semua pening.. huru hara dibuatnya

Bagi mereka yang ada pasif income.. tak kisah lah mereka nii.. kerja gomen kee.. kerja private kee.. korang dah buat keputusan lagi bijak.. sebab ni lah peluang korang menambah kekayaan. Mana tak nya.. bila gawat nii.. banyak benda kena lelong.. rumah lelong, kereta lelong, perabot lelong, isteri lelong, saham lelong, semua murah-murah.. kasi borong semua.. masalah orang lain.. peluang untuk kita

Emmm.. ada kee kawan-kawan blog.. yang dah kena berhenti kerja? atau yang kerja 2 hari seminggu? Atau yang dah dapat surat berhenti?

Jom kongsikan kebimbangan korang kat sini..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576