Semalam aku ada meeting kat Semenyih. Sebab klien aku nii (Hj Mokhtar) dia nak buat pecah bahagian tanah. Asalnya, dia beli tanah kongsi ngan kawan. Tapi bila masing-masing dah tua. Mereka nak dapatkan geran individu. Sebab senang katanya, nak pindah milik dari nama dia kepada nama anak-anak. Pastu nanti.. kalau dia mati.. semua urusan tanah, yang dia ada, dah pun selesai. Tak menyusahkan anak-anak

Apa yang bestnya.. dia dapat info pasal service ukur aku nii, dari internet. Cucu dia yang bagi tahu. Aku bertuah sangat.. sebab baru aku tahu, yang cucu dia jugak, kenalkan aku ngan klien lain. Tima kasih banyak-banyak Shahidi. Sebab ko rekman aku ngan projek polis, projek air, koperasi hartanah.. Tima kasih banyak-banyak. Jasa mu sentiasa ku kenang.

Aku janji.. aku akan usaha yang terbaik. Untuk pastikan semua projek tuu berjaya. Alhamdulilah.. setakad nii.. projek tuu sedang berjalan. Nanti.. bila semua dah siap. Aku akan carik ko. Sebab konsep aku bisnes. Aku bukan nak kaya.. nak mewah-mewah. Sebaliknya aku lebih suka syer ngan kawan-kawan

Bila berlaku kejadian macam nii kat aku.. baru aku nampak.. betapa besarnya pengaruh blog dalam bisnes. Kita syer info.. pada waktu yang sama.. kawan-kawan sokong kita. Kenalkan kita dengan rakan-rakan lain. Jadi secara beransur-ansur bisnes kita berkembang. Mungkin kita tak nampak kesannya sekarang.. tapi mungkin ambik masa sikit.. 6 bulan hingga 5 tahun akan datang, baru nampak hasil

Bagi aku, tak ada alasan, orang muslim mesti lemah, tak berjaya, mundur. Sebab kalau kita bekerjasama, sokong menyokong, jangan kan ekonomi jee kita boleh kuasai. Malah lebih dari tuu

Tima semua.. sebab sokong aku.. sampai menyampai pada kawan-kawan lain, service ukur tanah yang aku buat nii

Apa pun.. kalau korang ada masalah tanah..jom kita syer.. insyallah.. aku sedia membantu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576