Hari ni, apa kata, kita bincang sikit pasal pasif income akhirat. Sebab selalu sangat kita cakap pasal duit, pasal saham, pasal ekonomi. Jadi hari nii.. kita tukar angin sikit lah.. borak-borak, macam mana nak tukar harta kepada pahala..

Kita nii adalah khalifah Allah. Sebagai khalifah, kita ada tanggungjawab. Sebab setiap kesenangan dan kemewahan yang Allah bagi.. ada gak hak orang lain, yang perlu kita tunaikan

Sebagai hamba.. kita mesti sentiasa bersyukur. Kalau kita bersyukur dengan rezeki Allah, tunaikan semua kewajipan, insyallah kita akan jadi hamba yang untung, baik di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kalau kita kudukut, tangkai jering, tamak, dengki.. kita sendiri yang akan rugi

Sebab tu.. bagus kita tanam dalam diri kita.. harta yang kita ada, bukan hak mutlak kita selama-lamanya. Sampai masa, kita akan mati. Untuk pastikan, kita mendapat manfaat dari setiap harta kita, baik jugak kalau kita buat pelaburan akhirat. Misalnya bersedekah, bayar zakat, wakaf, syer ilmu dan lain-lain

Bagi kes kita.. kita banyak terlibat dalam inbesment hartanah. Jadi bagus duit sewa rumah, dividen asb yang kita dapat, duit refinance, untung jual rumah, sebahagian nya kita sedekahkan untuk tujuan agama. Yang paling penting, niatkan semua usaha kita, hanya kerana Allah. Mudah-mudahan kita mendapat berkat

Kita jugak perlu yakin, keluarkan zakat tak akan kurangkan harta. Sebaliknya akan menambahkan lagi harta. Selain tuu, kita akan rasa mewah, kaya, bahagia, tenteram

Jadi.. jom kita sematkan dalam diri, untuk merebut gelaran jutawan akhirat. Gunakan kemewahan, kesenangan yang kita ada, sebagai bekalan di akhirat kelak

Ish.. ish.. ish.. macam ustaz lah pulak juruukur nii.. hah haha haha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576