Hari ni aku sempat berdiskusi dengan Ustaz Amri. Ustaz Amri ni classmate aku, masa sekolah rendah dulu. Lama betul kami tak jumpa. Dulu kecik jee.. tapi laa nii.. masing-masing dah lebar, ha ha ha

Apa yang istimewa tentang Ustaz Amri nii.. dari dulu sampai sekarang. Kalau jumpa jee dia.. pasti dia bagi nasihat. Macam-macam kami bincang. Tapi topic yang paling aku suka, pasal “orang Islam mesti kaya”

Kata Ustaz Amri.. orang Islam tak dee alasan, kenapa mesti miskin.. kenapa mesti gagal. Sebab Islam tuu berjemaah, bersatu, bantu membantu. Selain tuu, muslim ada Al-Quran sebagai panduan hidup. Dalam Quran semuanya lengkap. Samada kaya atau miskin umat Islam tuu.. bukan salah Islam.. tapi salah SIKAP penganut Islam tuu sendiri

Aku setuju dengan Ustaz Amri nii.. misalnya dalam kes kita. Kita bertuah sangat, walaupun kita muda.. tapi kita sedar awal pasal financial. Semua nii.. hasil usaha sifu Pie, dia sanggup syer pengalaman financial yang dia tahu, dengan orang lain

Bermula dengan blog Pie2020.com.. pastu kita berTT, makan-makan, main-main. Dan alhamdulilah, sekarang nii kita bersatu di bawah Pie2020.com. Hebatnya group kita, kebanyakkannya, adalah mereka yang pendidikan tinggi, ada yang degree holder, master, doctor. Semuanya berjawatan tinggi, bergaji besar dan banyak pengalaman

Pendidikan semata-mata, tak jamin kita untuk mewah. Tapi hasil pendedahan Pie pasal ASB, OD, PRO ASB, hartanah, saham. Jadikan kita semua, bukak mata. Baru kita nampak, peluang tuu ada kat mana-mana. Baru kita paham, apa hak istimewa sebagai bumiputra. Sebelum nii.. kita tak peduli pun

Kat luar sana, susah kita nak jumpa.. orang muda ada 3-4 bijik rumah. Tapi dalam blog nii.. kita boleh jumpa ramai. Yang lagi best, sebab semuanya muslim
Bukan tuu jee.. hasil kerjasama nii gak.. sebenarnya kita lahirkan ramai usahawan. Semua nii lahir tanpa kita sedar. Misalnya Faris, Tuan Bri, Farah, Pie, Azman, juruukur sendiri dan ramai lagi. Sekarang nii.. kita tak nampak siapa mereka nii. Tapi aku percaya.. kesannya kita akan nampak, bila 5-10 tahun akan datang

Berjaya atau gagal mereka nii.. adalah bergantung kepada kita semua. Kalau mereka efisyen, service superb, consultation hebat, harga berpatutan. Kita mesti sokong mereka. Kalau sebaliknya.. kita bagi nasihat dan cadangan membina. Matlamat kita, supaya lahir kumpulan usahawan berjaya dari pie2020.com

Kita jugak kena ingat, mereka yang sokong kita selama nii, yang support, yang buat marketing dari mulut ke mulut. Mereka tak harapkan kita, untuk pakai kereta bmw, pakaian berjenama, handphone power. Tapi mereka nak tengok, apa sumbangan kita pada agama, bangsa

Aku tahu.. ada pihak yang setuju, ada yang tak, dengan apa yang tulis nii. macam mana pun.. untuk Islam tuu berjaya, mewah, kaya. Kita semua mesti bersatu, tolong menolong

Aku akui.. sebelum nii.. memang susah nak paham pasal financial, lebih-lebih lagi, apa yang Pie maksudkan, pasal pasif income.. OD ASB, tapi sekarang nii.. kita dah ada CASHFLOW101.. game yang boleh membantu kumpulan kita, berbincang pasal financial., sambil main.. sambil belajar

Aku doa sangat, mudah-mudahan, 5-10 tahun akan datang, akan lahir kumpulan usahawan muslim berjaya dari Pie2020.com. Akan wujud jemaah dari Pie2020.com, yang punyai pendapatan pasif lebih hebat dari perbelanjaan

Pada waktu tu, bangsa asing akan hormat kita, akan puji agama kita. Insyallah..

Ish.. ish.. juruukur dah jadi pakar motivasi lah pulak.. hah haha hah

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576