Hari nii.. aku nak syer sikit, pasal masalah tanah, sahabat kita, Saudara A ni. Walaupun benda ni agak confidential, tapi rasanya, bagus juga kita syer info ni.. supaya kita boleh semak betul-betul, sebelum kita beli tanah

Al kisah ceritanya, saudara A beli tanah kat Sungai Buluh, kat Kg Batu Gajah. Dulu dia beli tanah nii, dengan harga RM200K lebih. Luas tanah cuma 1 ekar je. Mahal gak harga tanah kat area sini ekk. Jadi, sapa-sapa ada tanah area sini.. memang kayo lah korang

Alhamdulilah, Saudara A nii.. buat keputusan bijak. Sebab lantik lawyer untuk uruskan pembelian tanah ni. Pastu lantik juruukur untuk semak betul-betul keluasan tanah tadi

Bukan apa, kalau kita tengok secara kasar, rujuk hakmilik sementara nii.. memang betul lah, luas tanah saudara A, adalah sekar. Kalau kita buat carian kat pejabat tanah sekalipun, pasti kita akan dapat info yang sama. Cuba korang explore geran tanah kat bawah nii :


Ingat tak.. dulu aku pernah bagi tau.. hati-hati dengan hakmilik sementara. Sebab luas dalam hakmilik sementara, adalah luas sementara je. Ukuran halus ke atas tanah tuu.. belum buat lagi, batu sempadan belum tanam, nombor lot tak de, pelan akui belum di sahkan oleh Pengarah Ukur

Untuk membantu saudara A, aku pun buat semakan maklumat kat jabatan ukur. Aku dapati, keliling plot saudara A, PT1970, dah ada lot nombor. Maksudnya, tanah saudara A, dah dihimpit oleh lot jiran. Kesian saudara A. Luas tanah dia dah jadi kecik

Bila aku buat pelan cadangan, ambik kira lebar jalan 20 kaki, kat sebelah selatan dan timur, baki tanah saudara A, dah jadi 0.75 ekar jee, dan bukan 1 ekar macam dalam geran sementara

Jadi bagi kes saudara A, aku cadangkan, supaya saudara A maklumkan benda nii pada penjual. Bincang baik-baik.. Maklumkan gak pada lawyer, mintak lawyer tahan payment pada penjual. Pastu uruskan permohonan hakmilik kekal. Luas dalan hakmilik kekal jee.. yang boleh diguna pakai..

Oklah.. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576