Hari ni, aku nak syer pasal pecah sempadan tanah. Aku percaya.. mesti korang pernah dengar, pasal pecah-pecah tanah nii. Tapi mungkin ada yang paham.. mungkin ada gak yang bluuurr

Tak kisah lah.. yang paling penting, sekurang-kurangnya, kita tahu konsep, dah cukup memadai. Nanti, kalau kita nak buat pecah sempadan, korang boleh rujuk ngan juruukur. Masa tuu baru kita lebih nampak

Aku nak syer kes klien aku ni, nama dia Pakcik Mail. Tanah dia kat Hulu Langat. Pada asalnya, luas tanah tu 5.08 ekar. Pakcik Mail nak pecah sempadan tanah tu kepada 3 plot. Ada yang 1.93 ekar, ada pulak yang sekar-sekar

Cuba korang tengok plan kat bawah nii..

Dia tak cadang nak tukar syarat tanah ni, dia nak maintain ngan kategori pertanian jee. Bila lulus permohonan tu nanti, semua plot kat atas tu.. masih lagi atas nama dia. Jadi terpulang kat dia, apa dia nak buat

Bagus kita buat pecah sempadan nii, sebab kalo kita nak jual sekar-sekar, senang pembeli nak beli, tambah pulak dah ada geran individu, pembeli boleh buat loan bank.

Kita boleh gak jual tanah, secara peringkat-peringkat. Maksud aku, satu plot, satu plot, pastu tak ganggu plot lain

Kalau kita nak pakai duit, katakan RM50K, mungkin kita boleh cagar 1 plot tanah jee.. tak yah libatkan semua lot

Kalau kita nak upgrade tanah, kita boleh gak upgrade secara berperingkat, tukar syarat tanah dari pertanian kepada lot bungalow. Siap satu plot, habis semua jual, baru buat plot lain.

Selain tu.. kita senang nak bagi kat anak-anak. Masing-masing dah ada geran individu, tak lah gaduh-gaduh pasal sempadan

Ok lah.. tu jee untuk hari nii .. Bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 – 3193576