Archive for February 10th, 2009

JOM MAIN GAME CASHFLOW101

Aku nak ajak korang main game CF101 nii.. pada 15hb February 2009, hari Ahad. dari 9.30 pagi sampai petang. Lokasi kat ofis aku.. sila rujuk alamat kat bawah blog

Korang semua dijemput datang.. Tak de bayaran.. free of chargeeee. Sambil main, sambil belajar.. jom kita tingkatkan financial kita

Tempat terhad.. untuk 5 orang terawal.. jadi sila sahkan kehadiran korang, korang boleh call atau sms aku

Turut hadir :

1. juruukur
2. saiful_perancang
3.
4.
5.

Datang.. jangan tak datang

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

LAWATAN TAPAK BERSAMA HJ MOKHTAR

Semalam petang, aku ada 2 sesi lawatan tapak bersama klien. 1 site kat Bangi dan 1 lagi kat Beranang

Disebabkan semalam cuti Thaipusam, jadi aku ajaklah family ikut sekali. Bukan apa, aku nak bagi sikit pendedahan untuk anak aku, Si Naufal, sekurang-kurangnya dia boleh kenal pelanggan aku, boleh dengar aku bincang, boleh teman aku gi site, kena gigit nyamuk sikit, kena panjat bukit. Biarkan dia rasa.. sebab semua tu pengalaman yang baik untuk dia gak. Ha ha ha

Aku sampai rumah Hj Mokhtar pukul 5.30 petang. Bestnya.. sebab kami dihidangkan ngan kuih-kuih kampung. Ada ubi getuk, ada agar-agar, ada lepat pisang pastu minum air Nescafe. Bestnya

Lepas minum-minum.. aku, Si Naufal and Hj Mokhtar pun gi site sama-sama untuk ambik gambar. Bini aku.. tak ikut. Dia lepak kat umah jee..

Dalam perjalanan tu, kami bincang pasal tanah.. ukur tanah, pecah geran, wasiat, hibah dan macam-macam lah.

Hj Mokhtar nii.. banyak pengalaman beb.. umur dah 85 tahun.. pernah hidup zaman British, Jepun, Kominis.. dia orang nii lah pejuang kemerdekaan Negara. Aku terbakar beb.. naik semangat, bila dengar dia cerita.

Nasihat dia lagi.. kita orang Melayu, orang Islam, kita kena bersatu, tolong menolong, bantu membantu, sokong menyokong, tingkat ilmu, majukan ekonomi. Jadi bangsa bermaruah. Jangan makan rasuah

Oklah.. enjoy gambar kat bawah nii


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576