Apa kata hari ni, kita bincang-bincang pasal ukur tanah. Sebab rasanya.. dah lama aku tak tulis pasal ukur mengukur ni.. ha ha ha

Ok.. untuk sapa-sapa dah beli lot bungalow.. dan sekarang nii berhajat nak buat bungalow.. pertamanya korang kena lantik arkitek berlesen atau pelukis pelan berdaftar. Aku cadangkan bagus ko lantik mereka nii, sebab mereka nii arif pasal bangunan. Mereka nii tahu macam mana nak design, nak buat submission kat pihak berkuasa, kenal kontraktor yang baik, pastu tahu cara nak dapat kan CF.

Yang paling mustahak.. mereka nii tahu, macam mana nak nasihat kan kita, supaya rumah idaman kita tuu, boleh dibina ngan cantik dan quality

Untuk buat bungalow nii.. sebelum nak design rumah idaman kita tu, pihak arkitek perlukan info dari juruukur…. akitek nak tahu gak, macam mana keadaan topografi tanah lot bungalow kita.. samada berbukit kee.. rata kee.. selain tuu, pihak akitek nak tahu kat mana jalan, longkang, tiang elektrik, lubang najis dan lain-lain.

Selain tuu.. juruukur akan semak sekali tanda sempadan lot bungalow tadi.. kalau ada tanda sempadan yang hilang, juruukur akan tandakan semula sempadan lot kita tuu

Cuba korang layan pelan yang juruukur hasilkan nii..


Bila siap jee.. Pelan macam kat atas tuu.. juruukur akan bagi kat akitek, dalam bentuk hardcopy n softcopy. Info nii mustahak sangat untuk akitek buat design

Selain tuu.. untuk dapatkan kelulusan pelan bangunan dari PBT, pihak PBT nak kan gak pelan ukur dari juruukur

Oklah.. sapa-sapa berhajat nak buat bungalow.. boleh lah kita calling-calling.. jangan malu, jangan segan.. Consultation percuma dari juruukur..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576