Berita baik untuk kawan semua. Sekarang nii.. tanah pertanian yang kurang 1 ekar pun dah boleh pecah geran, untuk dapatkan geran individu

Aku percaya.. sebelum nii korang mesti pernah dengar, pasal 1 lot tanah pertanian tapi banyak pemilik. Selalunya tanah yang ramai tuan nii, adalah tanah pusaka

Pengalaman aku.. sebut jee tanah pusaka, macam-macam masalah timbul, antaranya :

1. Aku ada tanah pusaka 2 ekar, tapi kami kongsi 5 beradik, bila kongsi-kongsi ni.. masing-masing liat bayar cukai.. setiap tahun aku jee yang kena bayar .. bagi kes macam nii.. boleh tak kalau kami nak pecah geran individu?

2. Dulu aku ada beli tanah ½ ekar, tanah pertanian kat Hulu Langat. Geran kongsi-kongsi.. Boleh tak nak pecah geran?

3. Tanah yang aku duduk sekarang, 1 geran, luas tanah 5 ekar.. tapi ada 10 tuan tanah. Boleh kee pecah geran? Susahlah tak dee geran individu.. asyik gaduh pasal sempadan je

Kat atas tuu.. antara beratus kes yang selalu aku jumpa. Sebelum nii.. tanah pertanian yang kurang 1 ekar, tak boleh pecah geran. Kalo nak pecah gak.. kena tukar syarat tanah dulu.. misalnya dari pertanian kepada bangunan.. pastu baru boleh pecah bahagian untuk dapat geran individu.

Kalo nak buat cara macam nii.. kos mahal banget, banyak nak pakai duit, banyak konsultan terlibat. Mana lah orang kampung mampu. Dah tu pulak.. proses untuk dapat kelulusan permohonan tukar syarat punyalah lama. Akibatnya.. banyak lah tanah orang kampung.. terbiar macam tuu jee. Lebih malang lagi.. kebanyakkan tanah yang terbiar tu, milik orang Melayu

Ngan ada pindaan KANUN TANAH NEGARA sekarang nii.. tanah yang kategori pertanian, walau pun kurang sekar,.. dah boleh buat pecah geran.. hooorayyyyy

Aku setuju sangat ngan pindaan KTN nii.. sebab pindaan nii.. mampu selesaikan masalah tanah orang kampung. Pastu akan rancakkan, urusan jual beli tanah kategori pertanian

Ok lah.. sapa-sapa ada masalah tanah cam nii.. jangan segan, jangan malu.. jom kongsikan masalah korang kat sini.. Bye.. bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576