Archive for February 18th, 2009

MACAM MANA PROSIDUR BELI TANAH?

Untuk kawan-kawan kat luar sana.. yang sapa-sapa berminat nak beli tanah.. nii ada sikit tips yang boleh aku syer

Kebelakangan nii.. aku terima banyak email dari kawan-kawan blog.. bertanyakan pasal cara-cara macam mana nak beli tanah.. sebab ada kes, kawan kita kena tipu ngan penjual, ada yang dah bayar semua.. tapi penjual tak nak buat pindah milik.. ada pulak kawan yang beli tanah, tapi luas tak sama ngan dalam geran.. dan macam-macam lagi lah

Aku cadangkan.. sapa-sapa yang nak beli tanah.. korang pastikan, korang mesti dapatkan salinan geran dari penjual. Pastu korang buat carian kat pejabat tanah. Bukan susah pun.. bawak jee salinan geran tanah tuu.. pastu gi pejabat tanah, kat mana tanah korang nak beli tuu berada.. pastu buat carian.. senang jee

Kalo tak sempat pun.. mintak tolong lawyer korang buatkan.. sebab info kat carian tuu penting sangat.. semua cerita pasal tanah yang kita nak beli tuu.. kita boleh semak

Katakan.. bila korang dah semak carian tuu.. korang setuju nak beli.. aku syorkan sangat.. bagus korang lantik lawyer korang sendiri.. untuk bantu urusan jual beli tanah tuu.. tak pee lah kena bayar sikit.. bukan mahal pun.. lawyer pun nak hidup gak kan.. tapi sekurang-kurangnya.. korang selamat dalam urusan ni

Lagi bagus.. kalo lawyer korang tuu.. panel bank tertentu.. macam CIMB bank kee.. AGRO bank kee.. senang korang nak buat loan nanti

Pastu bagus korang lantik juruukur pulak.. suruh juruukur nii.. semak info tanah tadi kat JABATAN UKUR.. sebab banyak kes bagi hakmilik sementara.. luas tanah tak sama ngan dalam geran.. pastu.. suruh juruukur tentukan sempadan tanah dan ukur topografi tanah berkenaan. Bila siap jee kerja ukur.. korang buat site visit.. kasi semak betul-betul sempadan.. pastu semak topografi.. baru kita nampak.. kat mana sungai, kat mana jalan, kawasan bukit dan lain-lain

Bila korang dah puas hati.. baru korang suruh lawyer buat S&P.. kasi sign itu S&P.. tapi pastikan perjanjian tuu baik untuk dua-dua pihak.. janganlah tipu-tipu.. tak baik..

Proses berikutnya.. korang ikut jee nasihat lawyer.. sampai lah urusan pindah milik selesai.. senang jee.. tak susah pun..

So.. kalo korang ada masalah tanah.. jom syer kat sini

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

JOM MAIN CASHFLOW101



Untuk makluman.. aku nak ajak korang, main game CASHFLOW101 pada 22hb February 2009 ni.. dari jam 930 pagi sampai tengah hari.. bertempat kat opis aku.. kat Puchong

Turut hadir pada hari Ahad nii.. sahabat lama aku.. saudara Nabhan.. seorang usahawan cendawan Melayu yang berjaya

Masih ada satu kekosongan lagi.. Sapa-sapa yang nak joint.. sila sahkan kehadiran korang.. korang boleh call atau sms aku..

Antara yang datang :

1. nabhan
2. saiful-perancang
3. keown
4. juruukur
5.

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576