Zaman gawat nii.. bagi mereka yang kerja private.. hati-hati ekk.. sekarang nii.. aku dah mula jumpa, ramai kawan-kawan.. terutama yang kerja kilang.. dah start tak de OT.. maksudnya kesan kemerosotan ekonomi dah semakin kita rasa.

Selain tuu, korang boleh tengok sendiri.. rumah lelong dah semakin banyak.. pastu dah start murah-murah… misalnya.. apa dah jadi dengan area Penara.. kenapa boleh RP 40K jee? bukan satu unit.. tapi banyak unit.. cuba korang tengok NST hari nii

Bank pulak.. semakin hari.. semakin susah nak bagi loan.. tapi bagi sapa-sapa yang ada good track record.. MasyaAllah.. layanan best gila.. siap offer macam-macam.. siap bagi cadangan suruh refinance itu inii.. nak apply OD against property.. senang banget.. tapi bagi mereka yang teruk track record.. pihak bank bertindak sebaliknya

Akibat dari kemerosotan nii.. barulah kita tersentakk.. sebab kita akan terfikir.. “apa benda yang boleh aku buat zaman kemelesetan nii.. untuk dapatkan duit lebih..” betul tak?

Atau ada yang terfikir.. “apa peluang yang boleh aku bekerjasama ngan kawan-kawan dalam group Pie2020 nii untuk dapat pasif income?” Ada tak?

Bagi kes sifu Pie2020.. sifu syer info pasal financial ngan kita semua.. dia bagi free jee semua ilmu yang dia tahu.. selain tuu, dia ada ebook, bisnes homestay, percutian murah, kat Tiara Beach Resort dan terkini sewa ps3 lagi.. Tahniah Pie2020.. cargas tuu..

Sifu Faris, Tuan Bri dan Sifu Farah.. mereka tawarkan servis.. untuk sapa-sapa nak beli rumah lelong.. boleh rujuk ngan mereka.. boleh daftar ngan mereka.. consultation adalah percuma.. sebagai balasan.. mereka dapat sikit komisen dari pihak bank.. dan istimewa mereka nii.. komisen yang mereka dapat.. mereka syer balik ngan kita.. hebatkan..

Dah lah kita dapat rumah lelong.. dapat pulak free consultation.. mereka tambah lagi, syer komisen yang mereka dapat.. aku rasa, tak dee kumpulan lain, boleh bagi tahap ultraman cam nii.. Cuma kumpulan kita jee

Sifu Putra, Sifu Hannan.. mereka nii pulak.. dah start bukak kelas.. ilmu hand on.. pasal CPO.. rugi sapa tak datang.. tak pernah aku datang kursus.. pas belajar.. esoknya terus berani nak trade.. mereka ajar.. macam mana nak trade.. bila boleh masukk.. bila boleh keluar.. pastu mereka syer pengalaman pahit manis main CPO.. hebat hebat..

Sifu Azman pulak.. tawarkan perkhidmatan repair-repair rumah.. sapa-sapa beli rumah lelong.. nak repair pintu, tandas, atap dan lain-lain tuu.. boleh refer ngan sifu Azman

Bagi kes aku.. aku nii cuma pandai ukur sana.. ukur sini.. korang nak tanya pasal tanah.. boleh la aku kasi free consultation.. tipon lah.. siang kee.. malam kee.. insyaallah.. aku sedia membantu.. pastu sapa-sapa yang ada tanah, tapi hilang tanda sempadan, nak pecah geran, nak buat lot bungalow, nak tukar syarat, nak mohon tanah kerajaan, nak mohon TOL dan seangkatan dengannya.. insyallah.. aku boleh bantu

Aku yakin.. ada banyak lagi peluang yang boleh kita syer sesame.. perkhidmatan sewa lori, supply barang second hand untuk sapa-sapa nak buat fully furnish, grill, lawyer, jurunilai, kerja kontraktor, tukang paip, tukang cat dan lain-lain lagi. Nii baru bab hartanah.. tapi mungkin ada benda lain, yang boleh kita syer sesame.. jadi bagus lah kalo boleh kita ambik peluang nii

Bagi mereka yang sibuk.. dan masih lagi kerja makan gaji.. mungkin kita boleh carik alternative lain.. kerjasama ngan kawan-kawan kat luar sana.. satu pihak buat marketing.. satu pihak lain sediakan perkhidmatan.. and untung syer syer..

Bukan susah nak start.. Mudah jee sebenarnya.. kita mula ngan buat blog dulu.. pastu war-warkan service kita tu kat kami orang ni.. insyallah kami boleh bantu.. nanti kami link-link kan.. bagi mereka yang tak tahu buat blog.. korang boleh ello saudara Faris.. dia boleh bantu.. dia charge sikit jee.. tak mahal pun.. kalo dibandingkan ngan hasil apa yang kita dapat nanti.

Pastu kalo ada TT.. kita datang.. kita borak-borak.. kita boleh perkenalkan diri.. lagi lah kita rapat

Seterusnya.. kita bantu memperkenalkan perkhidmatan kawan kita kepada kawan-kawan kita yang lain.. atau pada bos kita kee… paling tidak pun.. ajak lah kawan-kawan kita tu untuk explore blog kami nii.. senang jee kan..

Aku rasa dah sampai masanya.. untuk kita, orang Islam ni.. kita rapatkan ukhwah.. dan terus melonjak naik.. kita bela maruah agama.. dengan meningkatkan ekonomi.. ayuhhh kita bergerak seiringan

Ayooo.. ayooo.. apa dah jadi ngan juruukur nii.. ni dah lebih dari Dr Fadhilah Kamsah dah nii.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576