Semenjak dua menjak aku jadi juruukur nii.. aku syukur sangat , sebab dapat sikit pengalaman, dari mereka yang dah berjaya hasil jual beli tanah. Antara klien aku yang dah berjaya misalnya En Rafi, Abang Wahab, Hj Samuri, Low Teh Beng, Wak Sudir, Abang Ridwan, Dato Razali, Dato Jabbar, Dato Gumuri, Pn Sri Sabrina.. dan banyak lagi lah. Mereka nii dah pun kaya tahap doremon.. ha ha ha

Melabur kat tanah nii.. kebanyakkannya susah sikit nak dapat pasif income. Kalo kebetulan.. masa kita beli tanah tuu.. ada pokok getah kee.. pokok kelapa sawit kee.. boleh lah dapat income sikit.. kalo tak.. kita kena pakai duit sendiri untuk bayar installment bank.. kalo macam nii penat sikit lah

Tapi bagi mereka yang ada duit banyak.. mereka lebih suka beli cash jee..

Aku perhatikan.. mereka ni beli tanah.. sebab.. ada yang nak buat dusun, nak buat asset, nak duduk kat situ, buat ladang, nak sewa balik, nak pecah-pecah lot, nak buat projek perumahan dan macam-macam lagi lah..

Bagi mereka yang nak buat ladang atau ternakan.. mereka lebih suka tanah yang pedalaman.. asal ada jalan jee.. jalan tanah merah pun tak pee.. asalkan tanah tuu luas, ada sumber air.. dah memadai

Tapi kalo mereka yang nak buat asset nii.. mereka akan pastikan tanah tuu adalah rata atau sikit berbukit, pastu elektrik, air, telefon, jalan tar mesti ada.. mereka lagi suka kalo sebelah tanah tuu.. dah ada rumah-rumah jiran

Pembeli nii ada macam-macam jenis.. tapi semua pembeli yang aku jumpa setakad nii.. mereka pasti mintak beberapa info penting.. antaranya mereka mintak salinan geran.. pastu mereka nak tahu sempadan tanah kita.. dari mana sampai mana.. mereka nak tahu jugak nilai tanah tuu.. selain tuu mereka akan tanya samada tanah tu freehold kee.. pajakan kee.. ada gak tanya pasal zooning tanah.. tanah tuu kalo convert boleh buat apa.. dan mereka gak akan tanya.. bank mana boleh bagi loan.. berapa interest.. berapa installment sebulan.. dan macam-macam lagi lah

Untuk memenuhi permintaan pembeli ni.. jadi bagus, kalo boleh kita bekalkan semua maklumat yang mereka nak.. maklumat nii akan bantu mereka untuk buat keputusan

Aku cadangkan.. bagus kita jujur ngan pembeli.. biar mereka fikir masak-masak.. apa susah.. kita bagi jee semua info yang kita ada.. kita tak rugi pun.. insyaallah disebabkan kejujuran kita.. ada rezeki lain yang Allah akan bagi

Misalnya.. baru-baru nii.. aku ada satu kes.. klien aku nii.. jujur sangat.. jual tanah dia dibawah harga market.. pembeli yang berminat.. tak yah keluarkan downpayment pun.. semua boleh loan bank.. dan alhamdulilah.. klien aku nii masih lagi boleh buat untung.. lebih RM150K beb..

Dulu klien aku beli tanah lelong.. 1 ½ ekar cuma RM70K, kat area Bangi.. simpan tak sampai dua tahun pun.. sekali jual untung lebih RM150K.. banyakkan.. kayo kayo… ha ha ha.. kalo duit tu simpan kat ASB.. boleh dapat pasif income tuu

Bab nak pakat harga nii.. kita boleh mintak nasihat dari lawyer..

Macam-macam kan teknik nak jual tanah nii.. kadang-kadang tuu.. aku pun terkejut ngan teknik mereka, ada yang iklan kat mudah.com.. kat surat kabar, dari mulut ke mulut.. kat blog.. letak signboard.. dan macam-macam lagi

Terbukti.. dah ramai orang kaya sebab tanah nii.. korang cam mana? ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUKUR, HAFIZAL 012-3193576