Archive for March 10th, 2009

SISTEM FAIL UNTUK HARTANAH

Apa kata.. hari ni kita bincang-bincang pasal sistem fail..khasnya untuk hartanah kita.. bagi kes aku.. sebelum nii.. aku tak pernah pun ada file.. semua benda pasal rumah sewa ni.. aku main campak-campak jee.. kejap fail ni.. kejap fail tuu.. last last semua bercelaru.. bila nak carik info.. start lah pening.. selongkar habis semua beg.. ni yang berlaku kat aku

Jadi aku rasa.. bagus kita semua.. terutama bagi mereka yang dah terjebak ngan hartanah nii.. mesti ada system fail yang kemas, tersusun. Bukan apa.. Untuk mudahkan kita gak.. bila nak carik info.. carik jee kat fail yang kita sediakan.

Bukan susah pun.. mula-mula buat satu master file.. kat dalam master file tuu.. kita letakkan senarai semua hartanah yang kita ada.. letaklah misalnya nombor file, keterangan sikit, tarikh, dan sikit nota

Pastu pulak.. buat satu file berasingan.. untuk setiap hartanah yang kita ada.. bila dah ada file berasingan nii.. dah bolehlah kita sumbat semua benda, terutama info pasal hartanah kita.. misalnya POS, contract, bil-bil, surat bank, resit cukai, surat lawyer, perjanjian sewa.. dan semua benda lah.. kita sumbat jee dalam tu

Bila dah ada fail cam nii.. barulah semua dokumen kita tersusun sikit. Nak carik info dah senang

Tapi ada jugak, kawan-kawan kita, simpan semua info tuu dalam computer. Mereka scan semua dokumen tu.. pastu buat folder berasingan.. satu hartanah.. satu folder

Tak kisah lah.. samada kita nak pakai system mana pun… system konvensional boleh, computer pun boleh.. tapi yang penting.. mesti ada file. Bagi kes aku.. aku lebih suka pakai fail kertas jee..

Ye lah mana tau.. 5 -10 tahun akan datang.. koleksi rumah kita dah ada 200 bijik ke.. 500 bijik kee.. mungkin waktu tuu baru kita terasa.. betapa pentingnya file-file nii. ha ha ha ha

Oklah.. ni bagi kes aku.. korang simpan dokumen cam mana pulak? jom aaa kita bertukar teknik

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

MAULIDUR RASUL


Seperti mana kita tahu.. kelahiran Nabi Muhammad.. menjadi titik permulaan.. perubahan besar dalam sejarah dunia. Baginda telah berjaya membawa kebenaran. Dan telah tumbang kebatilan

Hebatnya baginda.. baginda adalah pemimpin dunia, meliputi seluruh alam, tak kira bangsa, latar belakang, warna kulit, baik orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan. Malah lebih dari tu

Rasullullah seorang yang pemurah, suka menghubungkan silaturrahim, membantu orang susah, membantu anak yatim, ibu tunggal dan lain-lain. Pendek kata.. kaum baginda amat senang dengan baginda

Namun apabila baginda berjuang untuk membawa risalah Allah. Usaha baginda mendapat tentangan.. kecaman hebat dari kaum baginda sendiri. Sedangkan sebelum ni.. kaum baginda menggelar baginda Al-Amin. Lebih dari itu.. ada usaha untuk membunuh Rasullullah

Kecaman yang baginda terima.. tak mematahkan semangat Rasullullah. Baginda bersama kaum muslimin lain, bersatu menghadapi segala macam cabaran. Hingga mereka sanggup berperang, semata-mata untuk mengembangkan siar Islam

Dan kalau kita teliti.. sejarah perkembangan Islam sebelum nii, banyak dibantu oleh para sahabat. Antaranya Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Usman bin Affan. Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi. Para sahabat ni.. sanggup membelanjakan segala harta yang mereka ada.. semata-mata demi Islam

Mereka bersolat jemaah, bermesyuarat, membuat perancangan, kuasai ekonomi dan macam-macam lagi. Semua usaha mereka bermula dari masjid

Kejayaan demi kejayaan dunia Islam kecapi.. Hingga kan, suatu masa dulu.. Islam mampu menguasai dunia. Dan masyarakat Islam dipandang tinggi, professional, berteknologi dan dipercayai

Tapi hari nii.. masyarakat dunia, terutama pihak Barat, sedang melekehkan umat Islam. Kita digelar pengganas, tidak bertamadun, golongan yang lemah, golongan miskin. Tak cukup dengan tu… mereka bersatu untuk menyerang Negara Islam. Misalnya kat Bosnia, Afganistan, Iraq, Palestine. Negara saudara kita ni dibom, kaum hawa dirogol, kaum adam dibunuh.. beribu umat Islam telah syahid

Ayohhh kawan-kawan.. sekalipun kita pelabur muda.. baru berjinak-jinak dengan hartanah. Tapi boleh aku katakan.. kita adalah pewaris Abu Bakar As Siddiq dan Abdul Rahman bin Auf. Kita perlu bersatu, berkongsi pengalaman, untuk kita kuasai ekonomi. Sebab sesungguhnya kita berada pada landasan yang betul

Percayalah, aku berdoa, dalam masa 5 -10 tahun akan datang, akan lahir taikon-taikon muda dari kumpulan kita. Insyaallah.. Kita mahu angkat martabat bangsa, angkat martabat Islam

Cukuplah kita dihina, cukuplah kita dicerca.. yang pasti umat Islam perlu bersatu

Ish ish.. betoi ka juruukur nii.. juruukur dah macam ustaz lah pulak.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576