Wahai kawan-kawan sekelian.. aku nak bagi tahu.. ada sikit penambahan info kat blog MINDAHARTAWAN.. mengenai info hartanah lelong. Sebelum nii tak de.. tapi laa nii dah ada.. ha ha ha

Aku letak maklumat nii.. sebab atas permintaan kawan-kawan blog gak.. cadangkan kat aku.. supaya letakkan info pelelong. Bagi memudahkan mereka carik info hartanah

Selain tuu. untuk memeriahkan industri hartanah nii.. aku sedar bagi umur cam kita nii.. tak ramai lagi yang boleh invest kat tanah.. sebab main tanah pakai modal besar.. sebaliknya ramai dari kita yang boleh invest kat hartanah lelong.. sebab kita boleh loan ngan bank

Tak pee.. kita boleh mulakan ngan beli low cost, pastu apartment, pastu mungkin condo,. Tak kisahlah.. asalkan kita dah ada hartanah

Bila kita ada hartanah.. kita meletakkan diri kita sentiasa perpeluang..sebab sekurang-kurangnya.. kita boleh dapat faedah hasil kenaikan nilai hartanah tadi

Dalam tempoh tuu gak.. rumah-rumah tadi.. mungkin kita boleh sewakan.. mungkin jugak, kita boleh jual balik.. bagi mereka yang ada duit banyak.. mungkin mereka boleh beli cash jee umah lelong nii.. pastu buat OD ke atas umah tadi.. atau refinance umah tuu.. buat cara cam nii.. senang-senang je.. modal kita akan bertambah.

Aku doa sangat.. mudahan-mudahan 5-10 tahun akan datang.. kita semua.. peminat hartanah nii.. akan mampu menginvest kat tanah pulak.. sebab main tanah nii.. untung dia lagi best.. lagi besar

Walaupun.. kita nii.. dah ada sikit pengalaman pasal umah lelong.. tapi setiap hari, ada gak kawan baru.. yang baru nak start main umah lelong.. jadi bila ada info cam nii.. akan membantu mereka.. aku rasa apa salahnya kita bergabung maklumat. Masing-masing syer info hartanah.. tul tak?

Bagi aku pulak.. sebenarnya bila aku letak extra info nii.. aku tak dapat apa-apa untung pun.. sebaliknya aku suka syer pengalaman pasal hartanah.. terutama rumah dan tanah. Sebab benda nii je yang aku pandai.. ha ha ha

Aku harap sangat.. dah sampai masanya.. kita semua.. orang Islam bersatu.. kita bantu membantu.. tolong menolong.. kita rapatkan ukhwah

Dan aku seronok sangat.. bila kawan-kawan blog.. boleh bantu mewar-warkan blog aku nii.. dengan kawan-kawan lain kat luar sana.. biar lebih ramai lagi orang Islam.. boleh melabur kat hartanah lelong.. yang sebelum nii dikuasai oleh bangsa asing.. ayohhh kita bersatu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576