Hari nii aku ada 2 site visit.. satu kat Hulu Langat dan satu lagi kat Dengkil Sepang. Kesian aku.. kawan lain.. hujung-hujung minggu nii.. mereka bersama keluarga.. sebaliknya aku.. masih lagi merayau-rayau melayan klien.. ha ha ha

Cam nii lah kalo kita kerja sendiri.. tak de waktu cuti.. setiap hari kerja kerja kerja.. duit duit duit.. tul tak..? apa yang penting.. kita sendiri mesti happy.. dengan apa yang kita buat..

Kesempatan nii gak.. aku nak ucapkan tima kasih banyak-banyak kat Kak Midah.. pembaca blog nii gak.. sebab perkenalkan aku ngan 2 klien ni.. tima kasih kak.. tima kasih..

Ok.. berbalik cerita pasal tanah tadi.. klien aku kat Hulu Langat nii.. sebelum nii beli tanah lebih kurang 8500kp.. tapi tanah pertanian.. dan geran kongsi-kongsi.. ada 8 pemilik tanah bersama semuanya.

Bila geran kongsi-kongsi ni.. biasanya akan timbul masalah sempadan.. kononnya jiran makan tanah kita.. pastu kita pulak makan tanah jiran.. ni kes biasa aku jumpa. Jadi untuk selesaikan masalah pertikaian sempadan ni.. klien mintak aku bantu.. sampai masing-masing boleh dapat geran individu

Jadi kenalah aku bagi nasihat.. ngan panjang lebar.. dari A to Z.. apa pun.. korang jangan bimbang.. Insyaallah.. kami akan bantu korang sampai siap. Sampai korang dapat geran individu

Layan gambar kat bawah nii :

Bagi kes tanah kat Dengkil pulak.. tanah lot bungalow 20,000kp.. tanah nii dimiliki oleh sorang tuan tanah.. tapi atas tanah dah ada 5 bijik buah rumah.. rumah anak-anak katanya.. jadi mereka mintak aku uruskan.. supaya tanah tadi dipecahkan kepada 2 plot.. 10,000kp dan 10,000kp.. dengan harga yang paling murah.. masa yang paling cepat.. dan tak melibatkan banyak jabatan teknikal

Pastu aku pun bagi lah nasihat.. pilihan-pilihan yang kita ada.. untuk memenuhi permintaan tuan tanah.. Hebat lah tuan tanah nii.. banyak benda yang dia tahu.. pasal urusan tanah tanih nii.. ha ha ha

Apa pun.. korang jangan bimbang.. kami janji.. kami akan bagi perkhidmatan yang terbaik.. Insyaallah..

Enjoy gambar–gambar site nii.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576